Tahun 6
Tema : Kesusasteraan
Bahagian 1 : Cerita Rakyat
Tajuk : Cerita asal usul
Sistem bahasa : Kata Kerja
Hasil Pembelajaran : 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat
dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 ( i ) membaca pelbagai jenis ayat dengan
memberikan penekanan pada intonasi
berdasarkan tanda baca.
3.1 menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara atau tajuk dengan menggunakan kata
, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras
bahasa yang sesuai.
Aras 2 ( ii ) menyusun dan menyampaikan
maklumat dengan menggunakan
laras bahasa yang sesuai.
Bacakan nota di bawah :
Penjodoh Bilangan
-----( Ialah perkataan yang digunakan untuk membilang benda, orang, bintang dan tempat.)
-----( Biasanya didahului dengan kata bilangan dan diikuti oleh kata nama .)
Contoh-contoh:
Sebentuk Cincin
Benda kecil yang berbentuk lengkuang.
Contoh lain : subang dan mata kait
Sebuku sabun
Benda yang berketul atau berbongkah kecil-kecil
Contoh lain :roti dan benang
Sebilah
Semua jenis senjata atau benda yang tajam dan runcing.
Contoh lain :lembing, tombok, jarum, pedang
Sekotak
Benda yang berada di dalam kotak.
Contoh lain : pensel
Segugus
Kumpulan benda atau buah-buahan dalam setangkai
Contoh lain : kunci, bintang, pulau
Sekaki
Benda yang bertangkai.
Contoh lain : cendawan
Sekeping
Benda yang lebar dan rata
Contoh lain :papan ,roti
Sepucuk
Surat, senjata api dan benda yang tajam serta runcing
Contoh lain : pistol
Sepapan
Benda yang berkeping-keping
Contoh lain : mercun
Seketul
Benda yang keras dan berketul
Contoh lain : sabun , tanah
Selain daripada contoh yang diberikan , maka murid-murid dapat
melayari laman web di bawah.
Sebagai rujukan :
Laman web tersebut akan memberi contoh umum
http://www.slideshare.net/manskpr/penjodoh-bilangan-sr
Laman web tersebut akan memberi contoh khusus
http://www.slideshare.net/papergal/penjodoh-bilangan-e-learning
Latihan
Isikan jawapan yang paling sesuai.
1. Adik membaling se batu ke dalam sungai.
2. Ibu membeli se payung.
3. Bapa menghadiahi ibu se cincin permata.
4. Di atas meja ada se petai.
5. Di bilik mandi ada se sabun
yang berbau wangi.
6.Ibu menggunakan se pisau
untuk memotong tembikai itu.
7.Abang mengirim se kepada bapanya.
8. Bapa membeli dua anggur di pasar raya.
9. Kakak melukis se gambar pemandangan
yang cantik sekali.
No comments:
Post a Comment