Thursday 22 September 2011

Refleksi : Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu


Semasa saya mengajarkan murid-murid  kepada tatabahasa dengan pelbagai kaedah , teknik dan pendekatan , saya dapati bahawa kebiasaannya murid-murid kurang berminat untuk belajar tatabahasa.

Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan terdapat  juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Isu yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa perlulah diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif dan kritis untuk memilih teknik  atau kaedah pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik dan kaedah  yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

Sebenarnya kita terdapat banyak teknik dan kaedah  yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Sebagai guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik dan kaedah yang disukai oleh mereka. Berdasarkan pengalaman saya, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian , lakonan, dialog, dan kuiz . Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.

Teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.


Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat murid untuk belajar tatabahasa.Tambahan pula, guru-guru yang menggunakan keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut.
Sebagai kesimpulannya, guru sebagai arkitek bangsa, kita bertanggungjawab mendidik generasi muda ,maka kita perlulah sentiasa bersedia mengorbankan diri dan masa terhadap murid-murid agar mereka memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mempastikan diri tercapai  objektif dalam P&P. Inilah akan meningkatkan profesionalisme kita dan juga mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan .


Tajuk 1 Kata Nama Am

Tahun 6
Tema: Angkasa lepas
Bahagian 1 : Satu Penerokaan
Tajuk:Bijak Berkomunikasi
Sistem Bahasa : Kata Nama Khas
Hasil Pembelajaran : 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan
                                               menggunakan bahasa yang sesuai
                                               dan tepat.
                                        Aras 1 (i) Menyampaikan hasil pemerhatian

                                                         yang dilakukan dengan menggunakan
                                                        laras bahasa yang sesuai.

                                       5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                             sebutan dan intonasi yang betul dan
                                             memahami perkara yang dibaca.
                                       Aras 3 ( ii ) Menghuraikan maksud ayat
                                                           yang dibaca.

Aktiviti:



Sebelum bermula pengajaran dan pembelajaran .Sila melihat VIDEO di bawah.



Selepas melihat ISI KANDUNGAN dalam video tersebut ,
 maka dapat mengetahui dan mengenalpasti
KATA NAMA AM .


Bacakan Penjelasan dan Penerangan berkaitan " KATA NAMA AM "

Kata Nama Am
1.   Kata nama am digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan tidak  bernyawa secara umum.
2.   Kata nama am ditulis dengan huruf kecil dalam ayat kecuali pada permulaan ayat.

Contoh-contoh :
manusia
Ibu, adik, kawan,petani, pegawai, guru
haiwan
Kucing, ayam, harimau, gajah, arnab , buaya
Tumbuh-tumbuhan
Pokok, padi, paku-pakis,kubis, bunga, daun
benda
Pensel, buku, meja, kasut, computer, kereta
tempat
Rumah, sekolah, pejabat, padang, bilik darjah


Ayat contoh:
1.    Daging ayam sangat sedap rasanya.
2.    Ayah membelikan sebuah basikal untuk kakak.
3.    Aminah pergi ke rumah kawannya untuk mengulangkaji pelajaran.
4.    Pertandingan badminton akan diadakan di dewan pada pukul lima petang.
5.    Pada waktu petang, Puan Asmah menyiram pokok-pokok bunga di halaman 
       rumahnya.


AKTIVITI ( 1 )
:  :  :  Di sini, murid-murid juga diminta melayari
          laman web berikut:

Isi kandungannya mengandungi penjelasan dan penerangan
tentang KATA NAMA AM.
Ia juga mengandungi
a. SOALAN MENGUJI MINDA
b. SOALAN KLINIK UPSR
Dengan ini, murid-murid diminta menjawab soalan latihan yang
terdapat dalam laman web tersebut.

SELAMAT MENCUBA !!!!


AKTIVITI ( 2 )
Soalan Tambahan 
Isi tempat kosong di bawah dengan
kata nama am yang sesuai
 kolam renang     bukit      pejabat pos     siswazah     helikopter

1. Adik berteriak dengan kuat apabila melihat sebuah                       
                               terbang di udara.
2. Kanak-kanak sedang berenang dengan gembira
    di dalam                            itu.
3. Pada cuti sekolah, sepasukan pengakap telah
    mendaki sebuah                     di pinggir hutan
    itu.
4. Hamidah mengirim sepucuk surat berdaftar
    di                 di pekan itu.
5. Abang  Zuridah                           Universiti di Malaya,
     Kuala Lumpur.

Selamat mencuba !!!!