Tema : Kekeluargaan
Bahagian : ( 1 ) Keluarga kreatif
Tajuk : Nenekku Kreatif
Sistem Bahasa : Penanda Wacana
Hasil Pembelajaran : 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 ( ii ) menghuraikan maksud ayat
yang dibaca.
8.5 mengenal pasti dan menggunakan
penanda wacana yang sesuai dalam
satu perenggan antara perenggan
bagi sesebuah karangan.
Aras 1 (i) Mengemukakan isi atau idea
mengikut urutan dengan
mengemukakan penanda wacana
yang sesuai.
Aras 2 (i) Menyusun dan menggunakan penanda
wacana untuk menghasilkan
pemerengganan yang kohesi.
Aktiviti:
Apa itu PENANDA WACANA ?
>>> Rangkaian perkataan yang digunakan untuk
membentuk karangan yang teratur.
>>> Ayat-ayat yang menggunakan penanda wacana
adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
Contoh-contoh penanda wacana seperti:
" jadi"
" akhirnya "
" kemudiab"
"dengan itu "
"lantaran itu "
"namun"
"lagipun"
"walaupun begitu "
"selepas itu "
"mungkin"
"oleh itu "
"oleh sebab itu"
"sebelum itu"
"walau bagaimanapun"
"namun demikian "
Sila melayari laman web berikut:
Ia akan menjelaskan MAKSUD & DEFINISI " Penanda Wacana"
dan menyatakan JENIS-JENIS Penanda Wacara.
http://www.slideshare.net/IrfanKhalil/penanda-wacana-9630098
http://www.slideshare.net/waja5994/penanda-wacana-karangan
http://www.slideshare.net/rampaiwarna/41-penanda-wacana
Tolong bacakah ayat contoh di bawah :
Ayat contoh:
1. Han Boon tidak datang ke sekolah pada hari ini.
MUNGKIN dia tidak sihat.
2. Sesi persekolahan akan bermula pada minggu hadapan.
JADI, ayah membelikan kami peralatan sekolah.
3. Doktor telah mengesahkan bahawa Azrina menghadapi
kanser. WALAUPUN BEGITU, dia masih bersemangat
untuk meneruskan hidupnya.
Latihan Fokus :
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Suara adik Angelina memang merdu. , dia
telah terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Bintang
Kecil Peringkat Negeri Selangor.
A. Sebelum itu
B. Oleh itu
C. Di samping itu
D. Lebih-lebih lagi
2. Afiq memang pintar dalam semua mata pelajaran.
, mata pelajaran Sains paling
diminatinya.
A.Kalau begitu
B.Namun begitu
C. Lebih-lebih lagi
D. Lagipun
3. "Mula-mula masukkan mentega dan gula dahulu.
, barulah masukkan tepung gandum
pula, " kata ibu kepada kakak.
A. Di samping itu
B. Sebelum itu
C. Selepas itu
D. Oleh itu
4 " Saya tidak pasti punca pergaduhan itu.
, kejadian itu berlaku di belakang
sekolah ," kata ketua pengawas kepada
Cikgu Azizol.
A.Tambahan pula
B.Namun demikian
C.Di samping itu
D. Sementara itu
5. Murid-murid dilarang membeli makanan di luar
kawasan sekolah. , semua penjaja
tidak dibenarkan berniaga di tepi sekolah.
A. Selain itu
B. Oleh sebab itu
C. Tambahan pula
D. Bahkan
SELAMAT MENCUBA !!!!!
Selain itu ,
Tolong Jawabkan Latihan Tubi di bawah.
melayari laman web berikut :