Tuesday 29 November 2011

Penggunaan TANDA BACA

Tahun 6
Tema: Kesihatan
Bahagian 1 : Sejahtera sepanjang masa
Tajuk : Makanan dijaga kesihatan terpelihara
Sistem bahasa : Tanda Baca
Hasil pembelajaran :1.2 Bertanya dan menjawab sesuatu
                                         perkara secara bertatasusila.
                                 Aras 1 (i) Mengemukakan soalan tanpa
                                                 kata tanya.
                                           (iii) Memberi jawapan yang tepat
                                                  dengan alasan yang munasabah.
                                5.2 Membaca kuat dengan sebutan dan intonasi yang
                                      betul dan lancar serta memahami perkara yang
                                      dibaca.
                                Aras 3 (i) Membaca perkataan dan ayat dengan laras
                                               bahasa yang lancar, sebutan dan intonasi yang
                                               betul serta gaya yang sesuai.
                                          (ii) Menjelaskan persoalan berdasarkan perkataan
                                               dan ayat yang dibaca. 


Aktiviti:



Selepas belajar TANDA BACA
maka TOLONG BACAKAN PENGGUNAAN TANDA BACA dengan TELITI.

a. Huruf Besar
 >>>digunakan pada huruf pertama perkataan dalam
        permulaan.
>>> dugunakan untuk semua katan nama khas.
>>>digunakan pada awal cakap ajuk.
>>>digunakan pada perkataan selepas tanda
        tanya atau tanda seru.
                      

b.Tanda nokhtah / tanda titik ( . )
>>>digunakan pada akhir sesuatu ayat.
>>>digunakan pada akhir singkatan , gelaran,jawatan,
       pangkat, dan lain-lain .

c.Tanda koma ( , )
>>> digunakan untuk memisahkan unsur-unsur dalam
       sesuatu ayat.
>>>digunakan selepas kata seru.
>>>digunakan untuk memulakan atau mengakhiri cakap ajuk.
>>> digunakan sebelum  frasa yang menerangkan benda
        terdahulu.

d.Tanda tanya ( ? )
>>> digunakan di hujung ayat-ayat tanya.

e.Tanda seru ( ! )
>>>digunakan untuk mengakhiri ayat seruan .

f. Tanda sempang ( - )
>>>digunakan untuk menyambung unsur-unsur kata ganda.
>>>digunakan untuk merangkaikan awalan " ke " dalam
       susunan nombor.
>>>digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan
       tahun dengan akhiran -an.

g. Tanda nokhtah bertindih ( : )
>>>digunakan untuk menggantikan maksud lain.
>>>digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog
        dalam sesuatu perbualan.

h. Tanda koma bertindih ( ; )
>>>digunakan untuk mengasingkan bahagian ayat setara yang
       boleh dengan Kata Hubung.

i. Tanda petik / tanda cakap ajuk(  "      " )
>>>digunakan pada ayat cakap ajuk.


No comments:

Post a Comment