Friday 25 November 2011

Tajuk 14 Kata Pemeri

Tahun 6
Tema : Alam Sekitar
Bahagian 3 :Wariasan Alam
Tajuk : Mensyukuri Nik
Sistem Bahasa : Kata Bantu
Hasil Pembelajaran : 8.1 membina dan menulis perkataan,
                                          ayat tunggal dan ayat majmuk .
                                    Aras 3 ( i ) membina ayat tunggal dan ayat majmuk
                                                      dengan perluasan subjek dan predikat.

                                   5.2 Membaca kuat ayat atau perkataam dengan
                                         sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
                                         serta memahami perkara yang dibaca.
                                  Aras 1 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan

                                                  ayat  yang dibaca.
                                 Aras 3(i) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan

                                                lancar, sebutan, intonasi yang betul serta
                                               gaya yang sesuai.
Aktiviti:


Terlebih dahulu melayari laman web berikut :


http://www.slideshare.net/salamiah74/aplikasi-kata-pemeri


Kata Pemeri ialah perkataan yang menyatakan subjek.

a. ialah > digunakan untuk menghubungkan subjek.

b. adalah > digunakan untuk menghubungkan subjek dengan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh: Bangunan itu adalah sebuah pawagam. ( x )
             Bangunan itu ialah sebuah pawagam     ( / )


Latihan :
Pilih ayat yang betul.

1. A. Alat sukan ini bukan mahal.                                                      
    B. Buku ini tidak kepunyaan adik.
    C. Air di lantai itu ialah air kencing kucing.
    D. Bahasa Melayu tidak bahasa ibundanya.

2. A. Kereta merah itu ialah kereta bapa saya.
    B. Datuk Kamal tidak penghulu kampung saya.
    C. Baju sekolah saya bukan ketat sangat.
    D. Seluar itu ialah untuk adik saya.
3. A. Cacing-cacing ini adalah makanan ikan emas
         yang dipelihara oleh abang.
    B. Iklan ini tidak mempengaruhi pemikiran
         para penonton.
    C. Ubi kentang ini bukan baik lagi.
    D. Buku ini tidak kepunyaan adik.

4. A. Lukisan ini tidak hasik kerja pelukis itu.
    B. Nasi adalah makanan utama orang Malaysia.
    C. Penyanyi lelaki itu bukan dari negeri Kelantan.
    D. Barang-barang di dalam kotak itu ialah untuk Maniam.

5. A. Limau manis ini tidak dari negara China.
    B. Jawapan yang diberikannya itu tidak betul.
    C. Beng Hong bukan berhati-hati semasa melintas jalan.
    D. Jian Kian bukan suka berkawan dengan budak yang bongkak itu.

No comments:

Post a Comment