Thursday 24 November 2011

Tajuk 12 Kata Nafi

Tahun 6
Tema:Pertanian
Bahagian 1 : Pertanian penjana kesejahteraan
Tajuk: Lembah buah-buahan
Sistem bahasa : Kata Nafi
Hasil pembelajaran : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi daripada ayat.
                                   Aras 3 (i) Menghuraikan isi terdapat dalam ayat.

                                   5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan
                                         dan intonasi yang betul & memahami perkataan yang
                                         dibaca.
                                  Aras 2 (i) Membaca ayat- ayat



Aktiviti:

Apa itu KATA NAFI ?????


Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu.

                                        " Tidak "          dan         " Bukan "

Tolong bacakan !!!


"Tidak "  Digunakan untuk menafikan maksud yang dibawa oleh
                   kata kerja  dan kata adjektif.

"Bukan " Digunakan untuk menafikan maksud yang dibawa oleh
                    kata nama dan kata sendi nama.


Latihan:
Isi tempat kosong di bawah dengan "Kata Nafi"yang sesuai. 


1. Barang-barang ini                      dari Indonesia tetapi dari Filipina.
2. Abang                  berada di dalam biliknya ketika saya pulang
    dari sekolah.
3. Encik Lim                 mahu membeli kereta terpakai itu kerana
    harganya mahal.
4.                              dia yang mengugat saya semalam.
5.                             niat saya untuk bersikap kasar terhadapnya.
6. Makanan yang disediakan itu                              untuk kamu
      berdua, tetapi untuk tetamu yang datang.


Murid-murid dapat melayari laman web di bawah
sebagai rujukan dan
Cuba menjawab soalan yang diberikan.


Sungguh menarik perhatian !!!

No comments:

Post a Comment