Friday 25 November 2011

Tajuk 16 Pengimbuhan

Tahun 6
Tema : Alam sekitar
Bahagian 1 : Warisan Alam
Tajuk :Alam penuh Misteri
Sistem Bahasa : Pengimbuhan
Hasil Pembelajaran:
5.2 Membaca kuat ayat dengan sebutan dan intonasi
      yang betul dan lancar serta memahami perkara
     yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca bahan berunsur ilmu dengan sebutan
     dan intonasi yang betul.
Aras 3
(i) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar,
    sebutan, intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
 


8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
      dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk

      dengan menggunakan imbuhan yang betul.
Aras 1
(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan

    tajuk dengan imbuhan yang betul.


9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada
      bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 3
(i) Membuat ringkasan berkaitan teks atau ayat  yang dibaca.


3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau
      tajuk dengan menggunakan kata, istilah,frasa,ayat yang
      tepat dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 3
(ii) Membentangkan kesimpulan berdasarkan perkara
      yang teliti dengan menggunakan laras bahasa secara
      tepat dan padat.



Aktiviti :

Sila melayari laman web di bawah

Lebih mudah faham apa itu pengimbuhan .

Apa itu pengimbuhan ?

Tolong Bacakan dengan teliti .

Pengimbuhan >>> proses menambahkan imbuhan pada sesuatu perkataan.
                                    >>>  Sesuatu perkataan yang diberikan imbuhan dikenali
                                             sebagai kata terbitan.


Terdapat  imbuhan
a) imbuhan awalan
b) imbuhan akhiran
c) imbuhan terbitan
d) imbuhan pinjaman


Penjelasan :
>>>Imbuhan Awalan : imbuhan yang digunankan di hadapan
                                      kata dasar  iaitu
                                      beR-,menR-,teR-,peN-,Ke-,se-,dan di-.

>>>Imbuhan Akhiran: terletak di akhir perkataan.
                                      Contohnya imbuhan -an, -kan, -i.

>>>Imbuhan Apitan : dapat dibentuk dengan memberikan
                                    imbuhan awalan dan imbuhan akhiran
                                    pada kata dasar.
                                   Contohnya ke.....an, peN.....an,beR.....an,
                                    meN.....kan, meN.....i, di.....kan,dan
                                    di.....i.

>>>Imbuhan Pinjaman : diserapkan ke dalam bahasa Malaysia
                                         melalui proses peminjaman .
                                         digunakan untuk membentuk kata nama.
                                         ditambah sama ada di awal kata dasar atau              
                                          di akhir kata.



Video
" PENGIMBUHAN"


Kena dengar betul-betul dan mengambil perhatian .

No comments:

Post a Comment