Sunday 6 November 2011

Tajuk 10 Kata Adjektif


Tahun 6
Tema: Alam Sekitar
Bahagian 1 : Warisan alam
Tajuk : Menerokai rahsia alam
Sistem bahasa : Kata Adjektif
Hasil pembelajaran: 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                         sebutan dan intonasi yang betul dan
                                         memahami perkara yang dibaca.
                                  Aras 3 ( ii ) menghuraikan maksud ayat
                                                     yang dibaca.
Aktiviti:

Mahu
belajar
bersama
Madagascar
melayari laman web


sungguh menarik perhatian !!!!


Penerangan 

Kata Adjektif = Kata Sifat

Tolong bacakan NOTA :

> kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang
   tempat dan sebagainya.

> boleh disertai dengan kata penguat seperti " amat","sangat",
   "paling" dan sebagainya.

> dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
    a. sifat / keadaan > bijak, sakit, malas ,cantik.
    b. warna > merah, putih, biru, kuning.
    c. ukuran > nipis, tinggi, kecil, besar.
    d. bentuk > bulat, bujur, leper, kempis.
    e. pancaindera > masin, masam, harum, merdu.
    f. waktu > lewat , baru, lama, segera.
    g. jarak > jauh, dekat, hampir.
    h. perasaan > marah, sayang, malu, gembira
    i. cara > pantas, deras,lambat, perlahan.
    j. kekerapan > selalu, sering, jarang, kerap kali.


Anda juga boleh melihat

VIDEO

KATA ADJEKTIF




Rujukan lain
Sila Melayari Laman Web berikut :

KUIZ KATA ADJEKTIF



Laman Web berikut adalah berkaitan dengan beberapa CONTOH LATIHAN ,
Anda boleh membuat sebagai RUJUKAN .



::::::Tolong jawabkan soalan berikut dan memahami maksud ayatnya,

Latihan Fokus

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Amir sangat                             kerana mendapat keputusan
    yang tidak begitu .
    A. segan
    B. benci.
    C. marah
    D. kecewa


2. Sikap ayah yang                               memberikan
    dorongan itu menambahkan lagi semangat saya
    untuk belajar.
    A. lupa
    B.malu
    C.jarang
    D.sering


3.Burung bangau mempunyai leher yang
                         
   A. tinggi
   B.panjang
   C.pendek
   D.rendah


4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya
    masih                           .



   A.tegang
    B. teguh
    C.tegap
    D.tegar


5. Lauk-pauk yang dijual di gerai Mak Midah
    sedap-sedap belaka walaupun                       .
    A.kelat
    B.pahit
    C.pedas
    D.payau

Semoga berjaya !!!

No comments:

Post a Comment