Saturday 5 November 2011

Tajuk 8 Kata Hubung

 Kata Hubung



Tahun 6
Tema: Pertanian
Bahagian 1 : Pertanian penjana kesejahteraan
Tajuk : Lembah buah-buahan
Sistem bahasa : Kata Hubung
Hasil Pembelajaran : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi 
                                         daripada ayat..
                                        Aras 3 (i) Menghuraikan isi yang
                                                        terdapat dalam ayat.

                                         9.1.Mengambil imlak ayat yang dibaca.
                                         Aras 3 (i) Mengambil imlak ayat pelbagai
                                                          laras dengan ejaan dan tanda
                                                         baca yang betul.
Aktiviti:


Terlebih dahulu melayari internet berikut




Selepas melayari laman web di atas, maka sila bacakan nota berikut :

Kata hubung berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih kata, frasa, klausa atau ayat bagi membentuk ayat majmuk.

a.Kata Hubung Gabungan:
   digunakan untuk membentuk ayat majmuk.
   Contoh:
   dan, lagi,lalu,atau,serta,malahan,sambil.
  Ayat contoh:
  -Saya dan adik pergi ke kedai.
  -Kakak makan sambil mendengar lagu.

Perhatian:
http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-hubung-gabungan


b.Kata Hubung Pancangan:
   digunakan untuk membentuk ayat majmuk pancangan.
   Contoh:
   agar, supaya, semenjak,kerana,walaupun,untuk,hingga,
   bahawa
   Ayat contoh:
   -Dia datang ketika saya sedang tidur.
   -Semenjak kejadian itu,dia banyak berubah.

Perhatian:
http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-hubung-pancangan

Selain daripada KATA HUBUNG PANCANGAN
terdapat juga
A. KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
     http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-hubung-pancangan-relatif

B. KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMAN
    http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-hubung-pancangan-komplemen

C.KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
    http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-hubung-pancangan-keterangan

c.Kata Hubung Berpasangan:
   hadir berpasangan dalam suatu ayat majmuk.
   Contoh:
   Sama ada,ataupun,sungguhpun...namun.
   Ayat contoh:
   -Baik Amira mahupun Amalina kedua-duanya memang
     gemar makan nasi goreng.
  - Dollah entah datang entah tidak pada hari ini.

Perhatian:
http://www.slideshare.net/mohamednaim/siri-tatabahasa-bahasa-melayu-kata-hubung-pasangan


Sebagai rujukan:

http://www.slideshare.net/lnahrawi/kata-hubung

Laman Web tersebut mengandungi
a. aktiviti yang menarik
b. latihan

Murid-murid diminta terlibat dalam aktiviti dan
cuba menjawab soalannya.


Sila melihat VIDEO di bawah




1 comment: