Sunday 6 November 2011

Tajuk 11 Kata Ganda

Tahun 6
Tema :Alam sekitar
Bahagian 1 : Warisan alam
Tajuk : Menerokai rahsia alam
Sistem bahasa : Kata Ganda
Hasil Pembelajaran : 5.2 Membaca kuat ayat  atau perkataan
                                         dengan sebutan dan intonasi yang betul
                                         dan lancar serta memahami perkara
                                         yang dibaca.
                                   Aras 1 (i) Membaca bahan berunsur ilmu
                                                   dengan sebutan dan intonasi
                                                   yang betul.
                                 Aras 3 (i) Membaca ayat atau perkataan  pelbagai
                                                  laras bahasa dengan lancar, sebutan,
                                                 intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Aktiviti:


 

Mari nyanyi " HIP-HOP"KATA GANDA  sama-sama


Sudah RELAX , Sudah Mengenal KATA GANDA !!!!


Mari kita belajar




Bacakan Nota:


Kata Ganda

1.Kata Ganda ialah kata yang diulang sebutannya.

2.Kata Ganda terdiri daripada kata nama, kata kerja,
   kata adjektif dan kata keterangan.

3.Semua kata ganda mesti ditulis tanda sempang( - )
   kecuali kata ganda separa.

4.Ada empat jenis kata ganda iaitu:Kata Ganda Penuh,
   Kata Ganda Separa,Kata Ganda Berentak dan
   Kata Ganda Berimbuhan.

 Kata Ganda Penuh   
1.Bermaksud seluruh kata dasar diulang
     atau digandakan.
2.Membawa maksud banyak dan tunggal.
3.Contoh kata ganda penuh yang membawa 
   maksud banyak seperti budak-budak,
   adik-adik, kawan-kawan dan sebagainya.
4.Contoh kata ganda penuh yang membawa
    maksud tunggal seperti anai-anai, kura-kura, 
    biri-biri, rama-rama dan sebagainya.

Kata Ganda Separa
1.Pengulangan sebahagian kata dasar sahaja.
2.Contohnya:
    jejari, gegendang,lelaki, lelabah,dedaun,tetamu
    dan sebagainya.
   Ayat contoh:Kakak sedang membersihkan sarang
                        lelabah di biliknya.

Kata Ganda Berentak
1.Kata dasar yang mengalami perubahan bunyi 
   apabila digandakan.
2.Contohnya:
   bengkang-bangkok,gunung-ganang,kuih-muih
   ,kayu-kayan,riuh-rendah, terang-benderang
    dan sebagainya.
   Ayat contoh:Kuih -muih yang dijual oleh
                        Mak Cik Leha sungguh sedap.

Kata Ganda Berimbuhan
1. Kata ganda yang diberikan imbuhan awalan,
    akhiran atau apitan.
2.Contohnya:
    berkotak-kotak,kedua-dua,bunga-bungaan,
    buah-buahan,kemerah-merahan, keanak-anakan
    dan sebagainya.
   Ayat contoh:Muka Mei Fen kemerah-merahan
                         selepas dimarahi ibunya.


RUJUKAN LAIN
Muris-murid boleh melayari LAMAN WEB INI !!


Laman Web tersebut mempunyai banyak gambar yang
berkaitan dengan KATA GANDA mestilah lihat !!!!


Sila terlibat diri dalam KUIZ tersebut .

Cuba seboleh-bolehnya!!!

No comments:

Post a Comment