Monday 28 November 2011

Tajuk 17 Imbuhan Apitan


Tahun 6
Tema : Alam sekitar
Bahagian 1 : Warisan Alam
Tajuk :Alam penuh Misteri
Sistem Bahasa : Pengimbuhan
Hasil Pembelajaran:
5.2 Membaca kuat ayat dengan sebutan dan intonasi
      yang betul dan lancar serta memahami perkara
     yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca bahan berunsur ilmu dengan sebutan
     dan intonasi yang betul.
Aras 3
(i) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar,
    sebutan, intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
 


8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
      dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk

      dengan menggunakan imbuhan yang betul.
Aras 1
(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan

    tajuk dengan imbuhan yang betul.


9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada
      bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 3
(i) Membuat ringkasan berkaitan teks atau ayat  yang dibaca.


3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau
      tajuk dengan menggunakan kata, istilah,frasa,ayat yang
      tepat dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 3
(ii) Membentangkan kesimpulan berdasarkan perkara
      yang teliti dengan menggunakan laras bahasa secara
      tepat dan padat.



Aktiviti :



APA ITU IMBUHAN APITAN ?

Bacakan dengan teliti........

>>>>> Hadir sebelum dan selepas kata dasar.

a. Apitan beR.....an
    Maksud: banyak ,dalam keadaan , saling melakukan.

b. Apitan beR.....kan
    Maksud:menggunakan sebagai

c. Apitan meN....kan
    Maksud: perbuatan ke atas benda lain, akan atau tentang,
                     membuat untuk orang lain, menyebabkan .

d. Apitan memper......kan
     Maksud : melakukan sesuatu ke atas benda lain.

e. Apitan : memper .......i
    Maksud : menjadikan seserang......

f. Apitan peN.....an
    Maksud : perihal, hasil perbuatan,tempat perbuatan.

http://www.slideshare.net/madam_sarcastic/imbuhan-apitan-penan
Mengandungi PERMAINAN, harapkan anda terlibat dalam
permainan ini.

g. Apitan peR.....an
     Maksud:perihal melakukan sesuatu, hasil perbuatan , tempat , perihal sesuatu.


Untuk lebih jelas terhadap imbuhan apitan , maka anda boleh
 melihat VIDEO di bawah.

Guru tersebut akan memberi penerangan dan penjelasan
melalui latihan.







Sila mengambil perhatian dan dengar betul-betul !


Maklumat Tambahan

Imbuhan apitan

Imbuhan akhiran

Imbuhan awalan



No comments:

Post a Comment