Friday 25 November 2011

Tajuk 15 Kata Bantu

Kata Bantu

Tahun 6
Tema : Sekolah
Bahagian 2 :Sekolahku
Tajuk : Hari kecemerlangan sekolah
Sistem Bahasa : Kata Bantu
Hasil Pembelajaran : 8.1 membina dan menulis perkataan,
                                          ayat tunggal dan ayat majmuk .
                                    Aras 3 ( i ) membina ayat tunggal dan ayat majmuk
                                                      dengan perluasan subjek dan predikat.
Aktiviti:
a. Kata Bantu Aspek
    >>> digunakan untuk menerangkan  sesuatu perbuatan dari segi masa.
    >>>  contoh : belum, pernah, sudah, telah, sedang, masih ,akan.

b. Kata Bantu Ragam
    >>> digunakan untuk menyatakan sesuatu yang dilakukan
    >>> mesti, hendak, harus, boleh, dapat, mampu.

Latihan
1.Kita                          menghormati orang tua.
   A akan
   B mesti
   C boleh
   D belum

2. Kamu hanya                      masuk ke bilik abang jika
    mendapat keizinan daripadanya.
    A mesti
    B boleh
    C belum
    D pernah

3. Kami sekeluarga                          melawat
    ke Pulau Langkawi pada tahun lepas.
    A pernah
    B masih
    C boleh
    D akan

4. Puan Minah                        pergi bekerja walaupun dia sakit.
    A boleh
    B masih
    C pernah
    D sedang

5. Halim                        menjawab soalan yang dikemukakan oleh
    Cikgu Lim tadi.
    A akan
    B mesti
    C dapat
    D masih

6. Kamarul                        melukis selepas makan malam.
    A hendak
    B pernah
    C belum
    D telah

7. Murid-murid                        belajar bersungguh-sungguh
     supaya lulus dalam peperiksaan.
     A  boleh
     B mesti
     C belum
     D pernah

8. Saya tidak                        melakukan kerja yang berat itu.
    A mampu
    B sedang
    C masih
    D mesti


Sebagai rujukan
Sila melayari laman web berikut :




No comments:

Post a Comment