Monday, 7 November 2011

Refleksi 2 :Memberi Pengajaran Yang Jelas

Sebagai guru, jika kita mendapati ada di kalangan pelajar kita yang masih tidak jelas atau tidak memahami apa yang kita ajar. Maka sebaik-baiknya kita cuba menjelaskan sehingga apa yang diajar bukan setakat kata-kata, tetapi menjadi ilmu yang difahami. Ilmu yang jelas lagi difahami menghasilkan natijah yang baik. Ilmu yang berbekas akan menjadi bekalan hidup kepada para pelajar sepanjang hidupnya.Jika ada yang tidak jelas atau butir kata yang tidak difahami maka sebagai guru kita perlu berusaha dan bersungguh dalam memastikan suatu pelajaran itu benar-benar difahami.

Sebagai guru, pada saya kita jangan hanya mengharapkan pelajar sahaja yang bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Malahan kita juga perlu bersungguh-sungguh dalam memberikan ilmu. Di kala melihat ada murid kita yang tertinggal. Kita tidak berputus asa mendorong dan mendorong sehingga mereka berjaya atau menjadi insan yang lebih baik .Banyak teori yang diajar kepada para guru dalam memastikan mereka dapat menggunakan teori itu dalam berinteraksi dalam kepelbagaian murid.

 
Sampai sini sahaja dahulu. Kepada para guru. Selamat mendidik. Insyalah tidak akan dikurangi pahala anda walaupun sedikit jika anda ikhlas dan bersungguh dalam mendidik.

No comments:

Post a Comment