Sunday 4 December 2011

Tajuk 32 Antonim

Tahun 6
Tema:Pelancongan
Bahagian 2: Jauh perjalanan luas pandangan
Tajuk : Seronoknya melancong
Sistem bahasa : Antonim
Hasil pemblajaran:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan
      dan intonasi yang betul & memahami perkataan
      yang dibaca.
Aras 2
(i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan
     penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan antonim yang
      sesuai .
Aras 1
(i) Mengemukakan antonim yang sesuai dan tepat.

7.1 Membaca dan menerangkan maksud antonim
      yang diberikan.
Aras 1
(i) Membaca dan menghuraikan maksud antonim


Aktiviti:


Sebelum bermula belajar " ANTONIM "

Sila lihat VIDEO di bawah :



kemudian
Sila melayari laman web berikut:


Selepas melayari laman web tersebut,
maka anda akan lebih memahami
apa itu ANTONIM


Apa itu Antonim ?
Bacakan !!!

Antonim = perkataan berlawan

>>> Perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan dengan perkataan
        yang diberikan.



Sila melayari laman web di bawah , terdapat contoh-contoh antonim .
Bacakan dan Fahamkan antonim yang diberikan.

http://www.slideshare.net/mohamednaim/daftar-antonim-p1                             







Tolong jawapkan soalan berikut :

Latihan Fokus

Pilih perkataan berlawan yang paling sesuai untuk
perkataan yang bergaris berikut.

1. Pengurusan bilik darjah yang baik adalah antara punca
    kejayaan murid-murid.
    A. lemah.....kegagalan
    B. sempurna.....kepandaian
    C.bagus.......kebodohan
    D. cekep.......kesungguhan

2. Hidup Pak Mat bertambah senang sejak anak-anaknya
    bekerja.
    A. derita
    B. bahagia
    C.sukacita
    D.dukacita

3. Alif berasa yakin bahawa Raju yang mengambil penselnya.
    A. syak
    B.nekad
    C.percaya
    D. bimbang

4. Hatinya sungguh gelisah mengenangkan perkara itu.
    A.sedih
    B.geram
    C.tenteram
    D.bimbang

5. Rizal sedang menyalakkan mancis.
    A.terang
    B.panas
    C.tutup
    D.padam

6. Encik Ahmad tidak menggalakkan anaknya
    mengikut jejak langkahnya.
    A. menyekat
    B.mencegah
    C. membatalkan
    D.membasmi

7. Pemandangan di tepi pantai itu amat menarik
    terutama pada waktu terbit matahari.
    A.tiba
    B. terbenam
    C.turun
    D.muncul

8. Azizi anak kandung kepada pasangan Datuk Azman
    dan Datin Kalsom.
    A.anak sulung
    B.anak pungut
    C.anak angkat
    D.anak yatim

Selamat mencuba !!!!







No comments:

Post a Comment