Sunday 4 December 2011

Tajuk 30 Kata Perintah


Tahun 6
Tema: Kekeluargaan
Bahagian 1 : Keluarga impian
Tajuk : Menggapal impian
Sistem bahasa : Kata Perintah
Hasil Pembelajaran :
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara
      berkaitan kehidupan seharian
      dengan menggunakan kata,
      ungkapan, ayat, sebutan,
      intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) Berinteraksi dengan pihak

                lain berkaitan sesuatu topik.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang
      dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi
      dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk
      menguatkan permintaan.
Aras 1 (i) Menggunakan perkataan, ayat dan

                paralingustik yang sesuai untuk menyatakan
                sesuatu permintaan.
           (ii) Mengemukakan hasrat dengan memberi

                alasan yang kukuh.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
      perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan, rangkai kata

               ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
                sebutan dan intonasi yang betul.

Aktiviti:


Apa itu KATA PERINTAH ?

.......  Perkataan yang bertujuan
         untuk menimbulkan
         sesuatu tindakan
         terhadap arahan,
         larangan ,  perintah,  
         silaan  dan permintaan.

Berikut adalah :

.......Contoh kata perintah dan penggunaannya dalam ayat
       adalah seperti berikut :


Tolong bacakan dengan teliti.
a. Sila / Jemputan >>> Silaan
    Ayat contoh :
    a. Silalah masuk ke dalam rumah.
    b. Jemputlah menikmati hidangan ini.

b. Jangan / Usah >>> Larangan
    Ayat contoh :
     a. Jangan bising di dalam perpustakaan.
     b. Usah bermain di tepi lombong itu.
     c. Tak usah kamu  menipu lagi.

c. Harap/ Minta/ \Tolong >>> Permintaan
    Ayat contoh :
     a. Harap murid-murid dapat bertenang.
     b. Minta perhatian saudara dan saudari sekalian.
     c. Tolong hantar latihan ini pada hari Isnin.
       

Tolong bacakah dengan teliti .


Latihan Fokus
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. "                          susun kerusi ini, murid-murid ,"kata Cikgu Tang.
    A. Harap
    B.Minta
    C. Tolong
    D. Jemput

2. "                        menangis lagi, " kata Puan Jeswary sambil
     merujuk anaknya.
    A. Jangan
    B.Harap
    C.Sila
    D.Minta

3. "                       beralih lagi. Saya sudah tahu niat kamu yang
    tidak baik itu , "kata Amran.
    A. Minta
    B.Harap
    C.Sila
    D.Jangan

4. "                       bubuh garam banyak sangat, secubit sahaja
     sudah cukup,"pesan emak kepada kakak.
     A. Jangan
     B. Harap
     C. Minta
     D. Sila

5. "                          Bungkuskan hadiah-hadiah ini dengan
    kemas," kata Cikgu Dani.
    A. Jangan
    B. Tolong
    C. Jemput
    D. Harap

Semoga Berjaya !!!

No comments:

Post a Comment