Friday 2 December 2011

Tajuk 27 KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

Tahun 6
Tema : Keselamatan Jalan Raya
Bahagian 2 : Pendidikan Lalulintas
Tajuk:Cara selamat menunggang basikal
Sistem bahasa : Kata Bilangan
Hasil Pembelajaran:5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                        sebutan dan intonasi yang betul dan 
                                        memahami perkara yang dibaca.
                                  Aras ( 3 ) ( ii ) menghuraikan maksud ayat yang
                                                          dibaca.

Aktiviti : 

>> Perkataan yang digunakan untuk menyatakan
      bilangan atau jumlah sesuatu benda.


>> Terdapat enam jenis kata bilangan iaitu:
      a. Kata bilangan tentu
      b. Kata bilangan tak tentu
      c. Kata bilangan tingkat
      d. Kata bilangan pecahan
      e. Kata bilangan pisahan
      f. Kata bilangan himpunan


Sila bacakan dengan teliti

a. KATA BILANGAN TENTU

Penggunaan:
> digunakan untuk menyatakan bilangan yang tertentu.
> Kata bilangan tentu ini mesti diikuti oleh penjodoh
   bilangan yang sesuai.
> Contoh : satu, sepuluh, seratus, dan sebagainya.
> Contoh ayat:
   1. Kakak saya mempunyai dua utas rantai emas
       yang cantik.
   2. Kelas saya terdiri daripada empat puluh lima
       orang murid.


b.KATA BILANGAN TAK TENTU

Penggunaan :
> Digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak
    tentu.
> Contoh : semua, beberapa, sebahagian, para ,
                  setengah-setengah, ramai dan
                  lain-lain.
> Contoh ayat:
   1. Para jemputan diminta mengambil tempat
       masing-masing sebelum persembahan
       dimulakan.
   2. Sebahagian daripada buku-buku di dalam
       perpustakaan berbahasa Inggeris.

c. KATA BILANGAN TINGKAT

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan urutan dalam
   sesuatu jumlah.
> Contoh : pertama, kelima, keseratus, dan
                  lain-lain.
> Contoh ayat:
    1. Saya duduk di tempat yang kelapan dari
        kanan dalam barisan pertama.
    2. Gopal berharap dia dapat memenangi
        tempat pertama dalam perlumbaan itu.

d. KATA BILANGAN PECAHAN

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan pecahan
   dalam sejumlah bilangan.
> Contoh: setengah, sepertiga, separuh,
                  dua perlima dan sebagainya.
> Contoh ayat:
   1. Hampir setengah daripada jumlah bilangan kerusi
       di dalam bilik itu telah ditukar.
   2. Adik saya telah memakan seperdua daripada
       ayam goreng itu.

e. KATA BILANGAN PISAHAN
Penggunaa:
> Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang
   berasingan.
> Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap
                  dan sebagainya
> Contoh ayat:
   1. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing
       setelah acara sukan tamat pada pukul
       1.00 petang.
   2. Tiap-tiap hari, saya membantu ayah memerah
       susu lembu.

f. KATA BILANGAN HIMPUNAN

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang
    terhimpun.
> Contoh: beratus-ratus, kedua-dua, bertahun-tahun,
                  dan lain-lain.
> Contoh ayat:
   1. Kedua-dua orang mangsa kemalangan itu telah
       dikejarkan ke hospital dengan segera.
   2. Beratus-ratus orang murid berkumpul di Dataran Merdeka
       untuk mempersembahkan acara yang menarik sempena
       Hari Kebangsaan.

 
Sebagai rujukan
Muri-murid dapat melayari laman web berikut

No comments:

Post a Comment