Thursday 1 December 2011

Tajuk 24 JENIS-JENIS AYAT


Tahun 6
Tema: Kekeluargaan
Bahagian 1 :Keluarga kreatif
Tajuk :Menggapai impian
Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
      kehidupan seharian dengan menggunakan
      kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan
      nada yang sesuai.
Aras 1
(i) Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan
     sesuatu perkara atau topik.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang
      dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi
     dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk
     menguatkan permintaan.
Aras 1
(i) Menggunakan perkataan, ayat dan paralingustik
     yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.
(ii) Mengemukakan hasrat dengan memberi alasan
      yang kukuh.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca perkataan, rangkai kata ayat tunggal dan
     ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan
     ayat majmuk.
Aras 1
(i) Menulis pelbagai jenis ayat.
Aktiviti:



Jenis-jenis Ayat






Terdapat 4 jenis ayat iaitu:

>> Ayat Penyata

>> Ayat Tanya

>> Ayat Perintah

>> Ayat Seruan

Tolong bacakan jenis-jenis ayat di bawah .

 
a.Ayat Penyata

Penggunaan:

: : Digunakan untuk menceritakan sessuatu
    menceritakan sesuatu hal atau memberi 
   keterangan tentang sesuatu hal.

Contoh Ayat:
1. Adik saya suka makan buah-buahan tempatam kerana
    buah-buahan ini kaya dengan vitamin.

2. Saya bercita-cita hendak menjadi juruterbang pada
    masa hadapan.


b. Ayat Tanya

Penggunaan:

: : Digunakan untuk menanyakan sesuatu bagi
     mendapat jawapan.

1. Ayat tanya dengan kata tanya
    ---- Ayat tanya dengan kata tanya menggunakan kata tanya seperti
          siapa, apa, mana, bila, berapa, mengapa, dan bagaimana.
   ---- Kata tanya ini biasanya boleh diikuti dengan partikel -kah.

Contoh ayat:
1. Di manakah letaknya gunung yang tertinggi di Malaysia?

2. Megapakah kamu tidak mahu menjawab soalan yang saya
    kemukakan itu ?

3. Bagaimanakah sambutan terhadap filem yang baru
    ditanyakan di pawagam itu ?

2. Ayat tanya tanpa kata tanya
   ---- Ayat tanya tanpa kata tanya tidak menggunakan kata tanya.
   ---- Ayat tanya ini diucapkan dengan nada suara yang lebih
          tinggi di hujung ayat.

Contoh ayat:
1. Dia bukan yang pendiam ?

2. Budak yang berdiri di pintu itu  adik kamu ?


C. Ayat Perintah

Penggunaan :

: : Digunakan untuk meminta orang bertindak atau melakukan
    sesuatu.

1. Ayat Permintaan
    ----Digunakan untuk memohon permintaan atau pertolongan daripada
          seseorang .
    ---- Kata permintaan yang digunakan adalah seperti minta, tolong,
           harap, dan lain-lain.

Contoh ayat:
1. Tolong serahkan yuran ini kepada Cikgu Roslina dengan
    segera.

2. Diminta semua murid menjamu selera dengan senyap.

2. Ayat Larangan
---- Digunakan untuk melarang atau menegah seseorang daripada
        melakukan sesuatu.
---- Kata Larangan yang digunakan adalah seperti jangan, usah
       atau tak usah.

Contoh ayat:
1. Jangan kamu cuba menipu aku tadi.

2. Usah kamu ulangi perbuatan yang tidak baik itu.

3. Tak usah kamu malu-malu dengan saya lagi.


3. Ayat Suruhan
---- Digunakan untuk memberi arahan atau perintah kepada
        seseorang untuk melakukan sesuatu.

Contoh ayat:
1. Habiskan makanan ini sebelum kamu pergi ke sekolah.

2. Cucilah muka kamu dan lapkan dengan tuala yang
    bersih.

4. Ayat Silaan
---- Digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.
---- Kata silaan yang digunakan ialah sila, jemput, dan sebagainya.

Contoh ayat:
1. Jemput masuk ke dewan orang ramai untuk menyaksikan
    persembahan kebudayaan.

2. Sila minum kopi yang dibancuh oleh ibu saya.


D.Ayat Seruan
: : Digunakan untuk melahirkan perasaan terhadap sesuatu
     keadaan seperti marah, benci, suka, hairan, terkejut dan
     sebagainya.

:  : Ayat Seruan ini akan diakhiri dengan tanda seru ( ! )

:  : Biasanya ayat seruan ini didahului dengan kata seruan
      seperti wah , amboi, aduh, kasihan, dan sebagainya.

Contoh ayat:
1. Amboi, gemuknya budak perempuan itu !

2. Aduh, sakitnya kakinya !

3. Oh, rupa-rupanya engkaulah yang menghasut di
    dalam hal ini !


Sila Melayari Laman Web berikut




                                     Anda akan menimba pengetahuan !!!!                          


Sila lihat CARTOON VIDEO berikut .
Inilah amat menarik perhatian anda !!!!!

No comments:

Post a Comment