Saturday, 3 December 2011

Tajuk 28 Perumpamaan

Tahun 6
Tema:Kesihatan
Bahagian 2:Sejahtera sepanjang masa
Tajuk:Sihat tanpa rokok
Sistem bahasa : Perumpamaan
Hasil Pembelajaran :
6.5 Membaca dan mencari fakta yang releven
     dengan perkara yang dikehendaki dalam ayat.
Aras 3
(i) Membaca dan mengumpul maklumat secara

     imbasan .

9.1 Mengambil imlak ayat yang dibaca.
Aras 1
(i) Mengambil imlak ayat dengan peumpamaan

     yang betul.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan
      memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca perkataan, rangkai kata ayat tunggal

    dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi
    yang betul.

Aktiviti:


Apa itu perumpamaan ?

>>>>Perumpamaan ialah suatu ikatan bahasa yang dipakai untuk menjadi
                                        bandingan, teladan , dan pengajaran.

>>>>Perumpamaan biasanya menggunakan perkataan :
                                SEPERTI, BAGAI dan BAIK.


Terlebih dahulu, sila bacakan PERUMPAMAAN di bawah

1. Bagai anjing buruk kepala.

2. Bagai ayam disambar helang.

3. Bagai ayam mengeram telur.

4. Bagai balak terendam.

5. Seperti belanda kesiangan.

6. Bagai batu jatuh ke lubuk

7. Bagai tikus jatuh ke beras.

8. Bagai wau putus teraju.


Apakah maksud bagi perumpamaan yang diberikan itu ?
Tak tahu ?
Maksud akan diterangkan di bawah.

1. Bagai anjing buruk kepala >>> Orang jahat akan dihina
                                                         oleh masyarakat.

2. Bagai ayam disambar helang >>> Orang yang hilang secara
                                                             tiba-tiba.

3. Bagai balak terendam >>> Orang gemuk yang malas bergerak.

4. Bagai ayam mengeram telur >>> Muka perempuan yang merah.

5. Bagai batu jatuh ke lubuk >>> Hilang lenyap.

6. Seperti belanda kesiangan >>> Orang yang bertingkah laku
                                                         seperti orang putih.

7. Bagai tikus jatuh ke beras >>> Orang yang telah memperoleh
                                                          kekayaan dan tidak memberitahu
                                                          cara dia memperolehi kekayaan itu.

8. Bagai wau putus teraju >>> Putus harapan dan berserah nasib.


Sekarang sudah tahu maksud dan ingatkan !!!!

Tolong jawabkan soalan berikut . Sebagai ulangkaji !

Gariskan perumpamaan yang sesuai
bagi ayat-ayat yang berikut.

1. Jangan kamu melakukan apa-apa kejahatan kerana ke mana
    sahaja kamu pergi, kamu akan dihina seperti
    ( anjing buruk kepala, ayam mengeram telur )

2. Muka pengantin itu bagaikan ( ayam disambar helang,
     ayam mengeram telur ) apabila kena sinaran matahari
     yang terik.

3. Sejak Lim Hong bekerja di kota , dia tidak pernah mengirim
    khbar kepada ibunya di kampung. Dia bagai
    ( ayam disambar helang, ayam mengeram telur )

4. Pemuda yang gemuk itu bagaikan ( batu jatuh ke lubuk,
    balak terendam ) . Dia tidak mahu bekerja asyik
    tidur dan makan sahaja.

5. Kakak saya berperangai seperti ( batu jatuh ke lubuk,
    belanda kesiangan ) kerana dia pernah tinggal di luar
    negara selama lima tahu.

6. Ridzuan berasa sedih sekali bagaikan ( wau putus teraju,
    tikus jatuh ke beras ) setelah diumumkan bahawa dia
    menghidap penyakit barah.


Sudah mencuba ? Semoga berjaya !!!!!


Friday, 2 December 2011

Latihan KATA BILANGAN

Gariskan kata bilangan yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut .

1.( Ketiga-tiga, Ketiga , Bertiga-tiga ) orang kanak-kanak
      yang berenang di lombong yang terbiar itu telah mati
      lemas.

2. ( Tiap-tiap, Masing-masing, Semua ) buku yang dipinjam
     di bawah Skim Pinjaman Buku Teks mestilah dijaga
     dengan baik.

3. Kasut kulit yang berwarna hitam itu berharga Ringgit Malaysia
    ( seratus lima puluh, sebahagian , separuh ) sahaja.

4. Murid-murid diminta mengisi butir-butir peribadi ( tiap-tiap,
     beratus-ratus, masing-masing ) dalam  borang yang
     disediakan.

5. ( Para, Banyak , Sebahagian ) pengunjung yang melawat
      ke Tasik Titiwangsa pada cuti sekolah.

6. Puan Sharifah melahirkan anak yang ( ketiga, tiga, bertiga )
    di Hospital Assunta.

7. ( Segala, Para , Kelima ) peserta diminta menunggu giliran
      mereka dengan sabar.

8. ( Setengah, Berpuluh-puluh ,Separuh ) ekor lembu telah
      disembelih sempena menyambut perayaan Hari Raya Korban.


Selamat mencuba !!!!
Anda boleh .......

Tajuk 27 KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

Tahun 6
Tema : Keselamatan Jalan Raya
Bahagian 2 : Pendidikan Lalulintas
Tajuk:Cara selamat menunggang basikal
Sistem bahasa : Kata Bilangan
Hasil Pembelajaran:5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                        sebutan dan intonasi yang betul dan 
                                        memahami perkara yang dibaca.
                                  Aras ( 3 ) ( ii ) menghuraikan maksud ayat yang
                                                          dibaca.

Aktiviti : 

>> Perkataan yang digunakan untuk menyatakan
      bilangan atau jumlah sesuatu benda.


>> Terdapat enam jenis kata bilangan iaitu:
      a. Kata bilangan tentu
      b. Kata bilangan tak tentu
      c. Kata bilangan tingkat
      d. Kata bilangan pecahan
      e. Kata bilangan pisahan
      f. Kata bilangan himpunan


Sila bacakan dengan teliti

a. KATA BILANGAN TENTU

Penggunaan:
> digunakan untuk menyatakan bilangan yang tertentu.
> Kata bilangan tentu ini mesti diikuti oleh penjodoh
   bilangan yang sesuai.
> Contoh : satu, sepuluh, seratus, dan sebagainya.
> Contoh ayat:
   1. Kakak saya mempunyai dua utas rantai emas
       yang cantik.
   2. Kelas saya terdiri daripada empat puluh lima
       orang murid.


b.KATA BILANGAN TAK TENTU

Penggunaan :
> Digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak
    tentu.
> Contoh : semua, beberapa, sebahagian, para ,
                  setengah-setengah, ramai dan
                  lain-lain.
> Contoh ayat:
   1. Para jemputan diminta mengambil tempat
       masing-masing sebelum persembahan
       dimulakan.
   2. Sebahagian daripada buku-buku di dalam
       perpustakaan berbahasa Inggeris.

c. KATA BILANGAN TINGKAT

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan urutan dalam
   sesuatu jumlah.
> Contoh : pertama, kelima, keseratus, dan
                  lain-lain.
> Contoh ayat:
    1. Saya duduk di tempat yang kelapan dari
        kanan dalam barisan pertama.
    2. Gopal berharap dia dapat memenangi
        tempat pertama dalam perlumbaan itu.

d. KATA BILANGAN PECAHAN

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan pecahan
   dalam sejumlah bilangan.
> Contoh: setengah, sepertiga, separuh,
                  dua perlima dan sebagainya.
> Contoh ayat:
   1. Hampir setengah daripada jumlah bilangan kerusi
       di dalam bilik itu telah ditukar.
   2. Adik saya telah memakan seperdua daripada
       ayam goreng itu.

e. KATA BILANGAN PISAHAN
Penggunaa:
> Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang
   berasingan.
> Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap
                  dan sebagainya
> Contoh ayat:
   1. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing
       setelah acara sukan tamat pada pukul
       1.00 petang.
   2. Tiap-tiap hari, saya membantu ayah memerah
       susu lembu.

f. KATA BILANGAN HIMPUNAN

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang
    terhimpun.
> Contoh: beratus-ratus, kedua-dua, bertahun-tahun,
                  dan lain-lain.
> Contoh ayat:
   1. Kedua-dua orang mangsa kemalangan itu telah
       dikejarkan ke hospital dengan segera.
   2. Beratus-ratus orang murid berkumpul di Dataran Merdeka
       untuk mempersembahkan acara yang menarik sempena
       Hari Kebangsaan.

 
Sebagai rujukan
Muri-murid dapat melayari laman web berikut

Tajuk 26 KATA KETERANGAN

Tahun 6
Tema: Alam Sekitar
Bahagian 1 : Warisan alam
Tajuk : Menerokai rahsia alam
Sistem bahasa : Kata Adjektif
Hasil pembelajaran:
5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan
      memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 ( ii ) menghuraikan maksud ayat
                    yang dibaca.

1.3 Memberikan dan memahami penerangan
      tentang sesuatu perkara
Aras 1
(i) Memberikan penerangan dengan menggunakan
     intonasi yang betul dan bersopan.

 
Aktiviti:


Bacakan Penerangan dan Penjelasan KATA KETERANGAN

{  Kata yang menerangkan kata kerja , kata adjektif dan kata keterangan }

{ Terdiri daripada enam jenis , iaitu :
   a. cara
   b. masa
   c. tanya
   d. darjah
   e. tak tentu
   f.  nafi

a. cara
> untuk menerangkan cara.
> kata keterangan : begini, begitu, betapa, demikian,
                                  diam-diam, tiba-tiba dan sebagainya.                         
> ayat contoh : Beginilah cara yang betul untuk menyelasaikan
                           soalan Matematik ini.

b. masa
> untuk menerangkan masa.
> kata keterangan : belum, kelak, masih, sebenar, sedang
                                  sekarang, selalu, telah, kadang-kadang
                                  dan sebagainya.
> ayat contoh: Siti Suhana belum menyiapkan kerja sekolah
                         yang diberikan oleh gurunya.

c. tanya
> untuk menerangkan sesuatu.
> kata keterangan : apa, bila, mana, siapa, mengapa
> ayat contoh : Mengapakah kamu menarik diri daripada
                          persatuan itu ?

d. darjah
> untuk menerangkan kata adjektif.
> akata keterangan : amat, sangat, sungguh, paling, nian dan
                                    sebagainya.
> ayat contoh : Murid baharu di kelas saya itu sangat peramah.

e. tak tentu
> untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti.
> Kata keterangan : agaknya, mungkin, barangkali, entah-entah,
                                   jangan-jangan
> ayat contoh : Mungkin Aktif yang akan mewakili sekolah dalam
                          pertandingan bercerita.

f. nafi
> untuk menafikan sesuatu.
> kata keterangan  : bukan,tidak, tak
> ayat contoh: Budak yang berambut panjang itu bukan adik saya.



Sebagai rujukan

http://www.slideshare.net/salamiah74/aplikasi-kata-keterangan



Maklumat Tambahan

Kesalahan Lazim : Kata Keterangan

1. Kesalahan berlaku apabila ada kata keterangan yang digunakan
    secara tidak tepat.
    Sebagai contoh: a. Saiful tidak adik saya . ( x  )
                                b. Saiful bukan adik saya. ( /  )

2. Kata Nafi " bukan " tidak boleh digunakan apabila frasa
   adjektif dan frasa kerja menjadi predikat ayat .
   Contoh :
   a. Amira bukan bermain di padang. ( x )
       Amira tidak bermain di padang.   ( /  )

   b. Dia bukan membuat kerja sekolah . (x ) 
       Dia tidak membuat kerja sekolah . ( /  ) 

3. Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang harus kita ingat.
    Ada masanya ayat seperti ayat  ( a ) dan ( b ) di atas boleh
    menggunakan kata nafi ialah :
    a. Amira bukan bermain di padang tetapi di halaman rumah.
    b. Dia bukan membuat kerja sekolah tetapi tidur .

Penggunaan kata Nafi " bukan " dalam kedua-duanya ayat tersebut
adalah untuk menunjukkan dua hala yang bertentangan.



Maklumat Tambahan: Murid digalakkan untuk melayari internet.

http://www.slideshare.net/salamiah74/aplikasi-kata-keterangan
                                                                                                                            

Latihan fokus KATA MAJMUK

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Puan Badariah dan suaminya bercadang untuk
    memelihara                            itu.
    A. anak buah
    B. anak emas
    C. anak yatim
    D. anak tunggal

2. Rumah nenek hampir-hampir roboh disebabkan
    oleh                             pada petang kelmarin.
    A. ribut salji
    B. angin pasang
    C. ribut taufan
    D. angin ahmar

3. Kita mesti                              untuk mencapai
    kejayaan.
    A. bekerja keras
    B. melipat masa
    C. berlebih masa
    D. merangka kerja

4. Melaka memang terkenal  sebagai                         
    bersejarah.
    A. balai raya
    B. bandar raya
    C. bandar baharu
    D. bandar lama

5. Untuk mengatasi masalah setinggan, pihak kerajaan
    telah membina  banyak                              .
    A. sekolah renah
    B. rumah pangsa
    C. kaedai runcit
    D. balai raya


Selamat mencuba !!!!    

Tajuk 25 Kata Majmuk

Tahun 6
Tema: Pengetahuan Am
Bahagian1 : Serba tahu
Tajuk :Pelik tetapi benar
Sistem bahasa :Kata Majmuk dan Ayat Majmuk
Hasil Pembelajaran : 5.2 Membaca kuat dengan sebutan dan
                                             intonasi yang betul dan lancar serta

                                             memahami perkara yang dibaca.
                                     Aras 1 (i) Membaca bahan berunsur ilmu

                                                      dengan sebutan dan intonasi
                                                      yang betul.
                                                (ii) Menjawab soalan pemahaman

                                                      berdasarkan teks yang dibaca.


Aktiviti:

Apa itu KATA MAJMUK ?


[ Perkataan yang terbentuk daripada dua atau lebih perkataan
  yang menghasilkan makna yang baharu ]

[ Dieja secara terpisah namun bagi kata majmuk yang telah
   mantap akan dieja secara bercantum ]

[ Terbahagi kepada empat bentuk , iaitu
   a. kata majmuk rangkai kata bebas
   b. kata majmuk istilah khusus
   c. kata majmuk kiasan
   d. kata majmuk yang telah mantap


Tolong bacakan !!!!


a. Kata majmuk rangkai kata bebas.
Contohnya : alat tulis, jalan raya, jam tangan, hari raya,
                     ibu jari, seni lukis, bandar raya, guru besar........

b. Kata majmuk istilah khusus
Contohnya:akar tunjang, bahan api, deyutan nadi,
                   isi padu, karbon dioksida, gerak balas ..........

c. Kata majmuk kiasan
Contohnya: cari jalan, jolok mata, mandi peluh,
                     makan suap, kepala batu,geli hati, campur tangan.......

d. Kata majmuk yang telah mantap
Contohnya:antarabangsa, kerjasama, matahari, tandatangan,
                    warganegara, suruhanjaya, jawatankuasa , bumiputera........



Selepas membaca nota di atas.
Murid-murid dapat melayari laman web  tersebut.

http://www.slideshare.net/adarwisy/cdocuments-and-settingss7536396fdesktop4e-2010kata-majmuk-presentation1

http://www.slideshare.net/fellaros/kata-majmuk-presentation



Selain daripada " Kata Majmuk "
Laman Web yang berikut adalah berkaitan dengan " Ayat Majmuk "

http://www.slideshare.net/mat.yuih/ayat-majmuk-1381092

http://www.slideshare.net/Usamix/ayat-majmuk-campuran










Latihan Jenis-jenis Ayat

Latihan Jenis-jenis Ayat

Nyatakan jenis-jenis ayat yang berikut sama ada
ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya atau ayat seruan.





Semoga Berjaya , OK !!!!!!


1. Hatiku berasa girang kerana berpeluang menziarahi
    saudara-mara di Pulau Langkawi. (                             )

2. Tahukah kamu siapa yang merasmikan majlis itu ?
    (                                )

3. Aduh, penat betul setelah berjalan sejauh lima kilometer !
    (                               )

4. Usah awak bercakap bohong lagi. Saya sudah tahu hal
    yang sebenarnya. (                               )

5. Persembahan murid-murid tahun dua mendapat
    tepukan yang gemuruh daripada penonton.
   (                                   )

6. Amboi, pandai betul kamu memutarbelitkan fakta !
    (                                 )

7. Tolong kiriman dokumen-dokumen ini dengan
     pos laju . (                                   )

8. Oh, rupa-rupanya engkaulah yang mencuri
    dompet aku !  (                                  )

9. Beribu-ribu penonton membanjiri stadium itu untuk menyaksikan
    perlawanan bola sepak .   (                                   )

10. Usahlah kita betengkar tentang hal-hal itu lagi .
      (                                 )


Anda Boleh !!!!