Tahun 6
Tema: Alam Sekitar
Bahagian 1 : Warisan alam
Tajuk : Menerokai rahsia alam
Sistem bahasa : Kata Adjektif
Hasil pembelajaran:
5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 ( ii ) menghuraikan maksud ayat
yang dibaca.
1.3 Memberikan dan memahami penerangan
tentang sesuatu perkara
Aras 1
(i) Memberikan penerangan dengan menggunakan
tentang sesuatu perkara
Aras 1
(i) Memberikan penerangan dengan menggunakan
intonasi yang betul dan bersopan.
Aktiviti:
Bacakan Penerangan dan Penjelasan KATA KETERANGAN
{ Kata yang menerangkan kata kerja , kata adjektif dan kata keterangan }
{ Terdiri daripada enam jenis , iaitu :
a. cara
b. masa
c. tanya
d. darjah
e. tak tentu
f. nafi
a. cara
> untuk menerangkan cara.
> kata keterangan : begini, begitu, betapa, demikian,
diam-diam, tiba-tiba dan sebagainya.
> ayat contoh : Beginilah cara yang betul untuk menyelasaikan
soalan Matematik ini.
b. masa
> untuk menerangkan masa.
> kata keterangan : belum, kelak, masih, sebenar, sedang
sekarang, selalu, telah, kadang-kadang
dan sebagainya.
> ayat contoh: Siti Suhana belum menyiapkan kerja sekolah
yang diberikan oleh gurunya.
c. tanya
> untuk menerangkan sesuatu.
> kata keterangan : apa, bila, mana, siapa, mengapa
> ayat contoh : Mengapakah kamu menarik diri daripada
persatuan itu ?
d. darjah
> untuk menerangkan kata adjektif.
> akata keterangan : amat, sangat, sungguh, paling, nian dan
sebagainya.
> ayat contoh : Murid baharu di kelas saya itu sangat peramah.
e. tak tentu
> untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti.
> Kata keterangan : agaknya, mungkin, barangkali, entah-entah,
jangan-jangan
> ayat contoh : Mungkin Aktif yang akan mewakili sekolah dalam
pertandingan bercerita.
f. nafi
> untuk menafikan sesuatu.
> kata keterangan : bukan,tidak, tak
> ayat contoh: Budak yang berambut panjang itu bukan adik saya.
Sebagai rujukan
http://www.slideshare.net/salamiah74/aplikasi-kata-keterangan
Maklumat Tambahan
Kesalahan Lazim : Kata Keterangan
1. Kesalahan berlaku apabila ada kata keterangan yang digunakan
secara tidak tepat.
Sebagai contoh: a. Saiful tidak adik saya . ( x )
b. Saiful bukan adik saya. ( / )
2. Kata Nafi " bukan " tidak boleh digunakan apabila frasa
adjektif dan frasa kerja menjadi predikat ayat .
Contoh :
a. Amira bukan bermain di padang. ( x )
Amira tidak bermain di padang. ( / )
b. Dia bukan membuat kerja sekolah . (x )
Dia tidak membuat kerja sekolah . ( / )
3. Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang harus kita ingat.
Ada masanya ayat seperti ayat ( a ) dan ( b ) di atas boleh
menggunakan kata nafi ialah :
a. Amira bukan bermain di padang tetapi di halaman rumah.
b. Dia bukan membuat kerja sekolah tetapi tidur .
Penggunaan kata Nafi " bukan " dalam kedua-duanya ayat tersebut
adalah untuk menunjukkan dua hala yang bertentangan.
Maklumat Tambahan: Murid digalakkan untuk melayari internet.
http://www.slideshare.net/salamiah74/aplikasi-kata-keterangan
No comments:
Post a Comment