Tahun 6
Tema : Sekolah
Bahagian 1: Sekolahku
Tajuk : Murid cemerlang
Sistem Bahasa : Banding Semacam
Hasil Pembelajaran : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi
daripada ayat.
Aras 3 (i) Menghuraikan isi yang
terdapat dalam ayat.
Aras 3 (i) Menghuraikan isi yang
terdapat dalam ayat.
11.2 Mengulas karya bukan sastera dari
aspek penggunaan banding semacam ,
ayat,nilai dan pengajaran.
Aras 1 (i) Menyenaraikan banding semacam dan
Aras 1 (i) Menyenaraikan banding semacam dan
ayat yang menarik dalam karya yang
dibaca.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan, rangkai kata
ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
Aktiviti:
Sebelum bermula
Sila melayari laman web berikut :
Selepas itu,
anda akan mengenal pasti tajuk yang akan diajar
iaitu :
BANDINGAN SEMACAM
>>> Bahasa kiasan yang digunakan untuk menggambarkan
sifat atau keadaan seseorang atau benda secara
perbandingan.
Contoh-contoh yang biasanya digunakan
TOLONG BACAKAN !!!!
angkuh seperti merak
berat seperti batu
bodoh seperti lembu
degil seperti keldai
garang seperti singa
gemuk seperti badak
hangat seperti api
hitam seperti arang
jernih seperti cermin
kaya seperti jutawan
keras seperti batu
kuning seperti kunyit
lambat seperti siput
mahal seperti berlian
masam seperti cuka
miskin seperti pengemis
nipis seperti kertas
pahit seperti hempedu
pandai seperti kancil
panjang seperti galah
putih seperti kapas
rajin seperti semut
sibuk seperti lebah
tajam seperti pedang
takut seperti tikus
tawar seperti air
tinggi seperti galah
wangi seperti bunga
zalim seperti Firaun
LATIHAN
PILIH KATA BANDINGAN SEMACAM YANG SESUAI
1. Beg tangan kulit yang berjenama itu mahal macam
.
A. berlian
B.suasa
C. tembaga
D. perak
2. Kelas Tahun Enam Cempaka riuh macam
sewaktu ketiadaan guru.
A. lebah
B. pasar
C.ribut
D.angin
3. Kipas dinding di bilik Syahmi berpusing ligat
macam .
A. roda
B. bola
C. tayar
D.gasing
4. Hidung anak perempuan Dato'Roslan dan
Datin Rebecca mancung macam
.
A. seludang
B. sembilu
C. lengkuas
D. tanduk
5. Pergerakan kumpulan penjenayah itu
sungguh licin bagai .
A. kapas
B. kancil
C. belut
D. kekabu
6. Gadis yang berbaju kebaya moden
itu cantik laksana .
A. ratu
B. merak
C. bidadari
D. primadona
7. Budak perempuan yang tinggi macam
itulah adik saya.
A.lidi
B.galah
C.tiang
D.lampu
8. Swee Bee sering dimarahi oleh ibunya kerana dia
malas seperti .
A. keladi
B. tikus
C.badak
D.ular
Semoga Berjaya !!!
No comments:
Post a Comment