Sunday, 4 December 2011

Tajuk 30 Kata Perintah


Tahun 6
Tema: Kekeluargaan
Bahagian 1 : Keluarga impian
Tajuk : Menggapal impian
Sistem bahasa : Kata Perintah
Hasil Pembelajaran :
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara
      berkaitan kehidupan seharian
      dengan menggunakan kata,
      ungkapan, ayat, sebutan,
      intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) Berinteraksi dengan pihak

                lain berkaitan sesuatu topik.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang
      dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi
      dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk
      menguatkan permintaan.
Aras 1 (i) Menggunakan perkataan, ayat dan

                paralingustik yang sesuai untuk menyatakan
                sesuatu permintaan.
           (ii) Mengemukakan hasrat dengan memberi

                alasan yang kukuh.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
      perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan, rangkai kata

               ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
                sebutan dan intonasi yang betul.

Aktiviti:


Apa itu KATA PERINTAH ?

.......  Perkataan yang bertujuan
         untuk menimbulkan
         sesuatu tindakan
         terhadap arahan,
         larangan ,  perintah,  
         silaan  dan permintaan.

Berikut adalah :

.......Contoh kata perintah dan penggunaannya dalam ayat
       adalah seperti berikut :


Tolong bacakan dengan teliti.
a. Sila / Jemputan >>> Silaan
    Ayat contoh :
    a. Silalah masuk ke dalam rumah.
    b. Jemputlah menikmati hidangan ini.

b. Jangan / Usah >>> Larangan
    Ayat contoh :
     a. Jangan bising di dalam perpustakaan.
     b. Usah bermain di tepi lombong itu.
     c. Tak usah kamu  menipu lagi.

c. Harap/ Minta/ \Tolong >>> Permintaan
    Ayat contoh :
     a. Harap murid-murid dapat bertenang.
     b. Minta perhatian saudara dan saudari sekalian.
     c. Tolong hantar latihan ini pada hari Isnin.
       

Tolong bacakah dengan teliti .


Latihan Fokus
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. "                          susun kerusi ini, murid-murid ,"kata Cikgu Tang.
    A. Harap
    B.Minta
    C. Tolong
    D. Jemput

2. "                        menangis lagi, " kata Puan Jeswary sambil
     merujuk anaknya.
    A. Jangan
    B.Harap
    C.Sila
    D.Minta

3. "                       beralih lagi. Saya sudah tahu niat kamu yang
    tidak baik itu , "kata Amran.
    A. Minta
    B.Harap
    C.Sila
    D.Jangan

4. "                       bubuh garam banyak sangat, secubit sahaja
     sudah cukup,"pesan emak kepada kakak.
     A. Jangan
     B. Harap
     C. Minta
     D. Sila

5. "                          Bungkuskan hadiah-hadiah ini dengan
    kemas," kata Cikgu Dani.
    A. Jangan
    B. Tolong
    C. Jemput
    D. Harap

Semoga Berjaya !!!

Latihan IMBUHAN PINJAMAN

Selepas belajar IMBUHAN PINJAMAN

Maka sila buat Latihan berikut:                                                                   

Latihan

Isi tempat kosong di bawah dengan perkataan-perkataan yang sesuai.


juruacara      peragawati      prakata       dwibahasa     prasekolah

usahawan     mahasiswa      tataetika       jurutera        biduanita


1. Abang Zamri merupakan                              di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Kerajaan akan mengkaji pendidikan                            bagi kanak-kanak yang
    berumur lima tahu mulai tahun hadapan.

3. Borhan meminta bapanya membelikannya sebuah kamus                                .

4.                             majlis malam kebudayaan mempersilakan Yang Berhormat
   Menteri Besar merasmikan majlis.

5. Para penonton menari mengikut rentak muzik apabila                             popular
    itu menyanyikan sebuah lagu yang mempesonakan.

6. Tuan Haji Kamaruzaman diminta menulis                                bagi buku terbitan
     Doktor Basri yang berjudul " Penyakit Jantung ".

7. Setiap warganegara perlu memelihara                               yang baik demi
    menjaga imej negara.

8. Bangunan yang canggih itu dibina oleh pekerja-pekerja mahir di bawah
    pengawasan                                  tempatan yang bertauliah.

9. Beberapa orang                            yang ayu sedang menggayakan baju
    kurung rekaan Encik Morhan.

10. Encik Foong merupakan                                  yang bergiat dalam bidang
     perniagaan makanan dan minuman.



Semoga berjaya, Anda boleh !!!

Tajuk 29 Imbuhan Pinjaman

Tahun 6
Tema : Alam sekitar
Bahagian 1 : Warisan Alam
Tajuk :Alam penuh Misteri
Sistem Bahasa : Pengimbuhan
Hasil Pembelajaran:
5.2 Membaca kuat ayat dengan sebutan dan intonasi
      yang betul dan lancar serta memahami perkara
     yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca bahan berunsur ilmu dengan sebutan
     dan intonasi yang betul.
Aras 3
(i) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar,
    sebutan, intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
 


8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
      dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk

      dengan menggunakan imbuhan yang betul.
Aras 1
(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan

    tajuk dengan imbuhan yang betul.


9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada
      bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 3
(i) Membuat ringkasan berkaitan teks atau ayat  yang dibaca.


3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau
      tajuk dengan menggunakan kata, istilah,frasa,ayat yang
      tepat dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 3
(ii) Membentangkan kesimpulan berdasarkan perkara
      yang teliti dengan menggunakan laras bahasa secara
      tepat dan padat.



Aktiviti :



Apa itu IMBUHAN PINJAMAN ?

Tak Tahu ?
Tolong bacakan , anda akan lebih memahamni......

>>> Imbuhan Pinjaman diserapkan ke dalam bahasa Malaysia melalui
        proses peminjaman .
>>> Ia digunakan untuk membentuk kata nama.
>>> Imbuhan ini ditambah sama ada di awal kata  atau di akhir kata. 


Mengenalpasti imbuhan pinjaman awalan dan imbuhan pinjaman akhiran

Imbuhan Pinjaman Awalan :
a. juru-  >> orang yang mahir dalam sesuatu bidang.
    contoh : juruterbang, juruhebah, jururawat, jurugambar

b. maha- >> tertinggi, teragung
    contoh : mahasiswa, Maha Esa,Maha mulia

c. pra- >> sebelum, syarat kepada sesuatu
    contoh: prasekolah, prakata, praakhir

d. tata- >> susunan atau peraturan
    contoh : tatanegara, tatasusila, tatabahasa

e. pro- >> memihak, menyokong
    contoh : prokerajaan, prodemokrasi.

f. anti-  >> menentang, mencegah, benci
   contoh : antikerajaan, antidadah.

g. eka- >> satu, tunggal
    contoh : ekabahasa, ekasuku, ekawarna

h.dwi ->>dua
   contoh : dwifungsi, dwibahasa.

i. tri- >> tiga
   contoh: tribahasa, tribulan


Imbuhan Pinjaman Akhiran

a. -wan >> pekerjaan atau tugas, pemilik sesuatu
                  benda, sifat, dan pelaku sesuatu perbuatan.
   contoh :sasterawan,jutawan, pustakawan.

b. -wati >> pekerjaan atau tugas ( perempuan )
    contoh : sukarelawati, peragawati

c. -man  >> pekerjaan atau tugas , pemilik
                    sesuatu sifat
    contoh : sukarelawati, peragawati

d. -ita >> pekerjaan atau tugas ( perempuan )
   contoh: biduanita,karyawanita

e. -is >> pelaku, orang , keadaan
    contoh : saintis, cerpenis,praktis

f. -isme >> sifat, fahaman, sikap
   contoh : komunisme,sosialisme, petriotisme.

Saturday, 3 December 2011

Tajuk 28 Perumpamaan

Tahun 6
Tema:Kesihatan
Bahagian 2:Sejahtera sepanjang masa
Tajuk:Sihat tanpa rokok
Sistem bahasa : Perumpamaan
Hasil Pembelajaran :
6.5 Membaca dan mencari fakta yang releven
     dengan perkara yang dikehendaki dalam ayat.
Aras 3
(i) Membaca dan mengumpul maklumat secara

     imbasan .

9.1 Mengambil imlak ayat yang dibaca.
Aras 1
(i) Mengambil imlak ayat dengan peumpamaan

     yang betul.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan
      memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca perkataan, rangkai kata ayat tunggal

    dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi
    yang betul.

Aktiviti:


Apa itu perumpamaan ?

>>>>Perumpamaan ialah suatu ikatan bahasa yang dipakai untuk menjadi
                                        bandingan, teladan , dan pengajaran.

>>>>Perumpamaan biasanya menggunakan perkataan :
                                SEPERTI, BAGAI dan BAIK.


Terlebih dahulu, sila bacakan PERUMPAMAAN di bawah

1. Bagai anjing buruk kepala.

2. Bagai ayam disambar helang.

3. Bagai ayam mengeram telur.

4. Bagai balak terendam.

5. Seperti belanda kesiangan.

6. Bagai batu jatuh ke lubuk

7. Bagai tikus jatuh ke beras.

8. Bagai wau putus teraju.


Apakah maksud bagi perumpamaan yang diberikan itu ?
Tak tahu ?
Maksud akan diterangkan di bawah.

1. Bagai anjing buruk kepala >>> Orang jahat akan dihina
                                                         oleh masyarakat.

2. Bagai ayam disambar helang >>> Orang yang hilang secara
                                                             tiba-tiba.

3. Bagai balak terendam >>> Orang gemuk yang malas bergerak.

4. Bagai ayam mengeram telur >>> Muka perempuan yang merah.

5. Bagai batu jatuh ke lubuk >>> Hilang lenyap.

6. Seperti belanda kesiangan >>> Orang yang bertingkah laku
                                                         seperti orang putih.

7. Bagai tikus jatuh ke beras >>> Orang yang telah memperoleh
                                                          kekayaan dan tidak memberitahu
                                                          cara dia memperolehi kekayaan itu.

8. Bagai wau putus teraju >>> Putus harapan dan berserah nasib.


Sekarang sudah tahu maksud dan ingatkan !!!!

Tolong jawabkan soalan berikut . Sebagai ulangkaji !

Gariskan perumpamaan yang sesuai
bagi ayat-ayat yang berikut.

1. Jangan kamu melakukan apa-apa kejahatan kerana ke mana
    sahaja kamu pergi, kamu akan dihina seperti
    ( anjing buruk kepala, ayam mengeram telur )

2. Muka pengantin itu bagaikan ( ayam disambar helang,
     ayam mengeram telur ) apabila kena sinaran matahari
     yang terik.

3. Sejak Lim Hong bekerja di kota , dia tidak pernah mengirim
    khbar kepada ibunya di kampung. Dia bagai
    ( ayam disambar helang, ayam mengeram telur )

4. Pemuda yang gemuk itu bagaikan ( batu jatuh ke lubuk,
    balak terendam ) . Dia tidak mahu bekerja asyik
    tidur dan makan sahaja.

5. Kakak saya berperangai seperti ( batu jatuh ke lubuk,
    belanda kesiangan ) kerana dia pernah tinggal di luar
    negara selama lima tahu.

6. Ridzuan berasa sedih sekali bagaikan ( wau putus teraju,
    tikus jatuh ke beras ) setelah diumumkan bahawa dia
    menghidap penyakit barah.


Sudah mencuba ? Semoga berjaya !!!!!


Friday, 2 December 2011

Latihan KATA BILANGAN

Gariskan kata bilangan yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut .

1.( Ketiga-tiga, Ketiga , Bertiga-tiga ) orang kanak-kanak
      yang berenang di lombong yang terbiar itu telah mati
      lemas.

2. ( Tiap-tiap, Masing-masing, Semua ) buku yang dipinjam
     di bawah Skim Pinjaman Buku Teks mestilah dijaga
     dengan baik.

3. Kasut kulit yang berwarna hitam itu berharga Ringgit Malaysia
    ( seratus lima puluh, sebahagian , separuh ) sahaja.

4. Murid-murid diminta mengisi butir-butir peribadi ( tiap-tiap,
     beratus-ratus, masing-masing ) dalam  borang yang
     disediakan.

5. ( Para, Banyak , Sebahagian ) pengunjung yang melawat
      ke Tasik Titiwangsa pada cuti sekolah.

6. Puan Sharifah melahirkan anak yang ( ketiga, tiga, bertiga )
    di Hospital Assunta.

7. ( Segala, Para , Kelima ) peserta diminta menunggu giliran
      mereka dengan sabar.

8. ( Setengah, Berpuluh-puluh ,Separuh ) ekor lembu telah
      disembelih sempena menyambut perayaan Hari Raya Korban.


Selamat mencuba !!!!
Anda boleh .......

Tajuk 27 KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

Tahun 6
Tema : Keselamatan Jalan Raya
Bahagian 2 : Pendidikan Lalulintas
Tajuk:Cara selamat menunggang basikal
Sistem bahasa : Kata Bilangan
Hasil Pembelajaran:5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                        sebutan dan intonasi yang betul dan 
                                        memahami perkara yang dibaca.
                                  Aras ( 3 ) ( ii ) menghuraikan maksud ayat yang
                                                          dibaca.

Aktiviti : 

>> Perkataan yang digunakan untuk menyatakan
      bilangan atau jumlah sesuatu benda.


>> Terdapat enam jenis kata bilangan iaitu:
      a. Kata bilangan tentu
      b. Kata bilangan tak tentu
      c. Kata bilangan tingkat
      d. Kata bilangan pecahan
      e. Kata bilangan pisahan
      f. Kata bilangan himpunan


Sila bacakan dengan teliti

a. KATA BILANGAN TENTU

Penggunaan:
> digunakan untuk menyatakan bilangan yang tertentu.
> Kata bilangan tentu ini mesti diikuti oleh penjodoh
   bilangan yang sesuai.
> Contoh : satu, sepuluh, seratus, dan sebagainya.
> Contoh ayat:
   1. Kakak saya mempunyai dua utas rantai emas
       yang cantik.
   2. Kelas saya terdiri daripada empat puluh lima
       orang murid.


b.KATA BILANGAN TAK TENTU

Penggunaan :
> Digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak
    tentu.
> Contoh : semua, beberapa, sebahagian, para ,
                  setengah-setengah, ramai dan
                  lain-lain.
> Contoh ayat:
   1. Para jemputan diminta mengambil tempat
       masing-masing sebelum persembahan
       dimulakan.
   2. Sebahagian daripada buku-buku di dalam
       perpustakaan berbahasa Inggeris.

c. KATA BILANGAN TINGKAT

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan urutan dalam
   sesuatu jumlah.
> Contoh : pertama, kelima, keseratus, dan
                  lain-lain.
> Contoh ayat:
    1. Saya duduk di tempat yang kelapan dari
        kanan dalam barisan pertama.
    2. Gopal berharap dia dapat memenangi
        tempat pertama dalam perlumbaan itu.

d. KATA BILANGAN PECAHAN

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan pecahan
   dalam sejumlah bilangan.
> Contoh: setengah, sepertiga, separuh,
                  dua perlima dan sebagainya.
> Contoh ayat:
   1. Hampir setengah daripada jumlah bilangan kerusi
       di dalam bilik itu telah ditukar.
   2. Adik saya telah memakan seperdua daripada
       ayam goreng itu.

e. KATA BILANGAN PISAHAN
Penggunaa:
> Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang
   berasingan.
> Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap
                  dan sebagainya
> Contoh ayat:
   1. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing
       setelah acara sukan tamat pada pukul
       1.00 petang.
   2. Tiap-tiap hari, saya membantu ayah memerah
       susu lembu.

f. KATA BILANGAN HIMPUNAN

Penggunaan:
> Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang
    terhimpun.
> Contoh: beratus-ratus, kedua-dua, bertahun-tahun,
                  dan lain-lain.
> Contoh ayat:
   1. Kedua-dua orang mangsa kemalangan itu telah
       dikejarkan ke hospital dengan segera.
   2. Beratus-ratus orang murid berkumpul di Dataran Merdeka
       untuk mempersembahkan acara yang menarik sempena
       Hari Kebangsaan.

 
Sebagai rujukan
Muri-murid dapat melayari laman web berikut

Tajuk 26 KATA KETERANGAN

Tahun 6
Tema: Alam Sekitar
Bahagian 1 : Warisan alam
Tajuk : Menerokai rahsia alam
Sistem bahasa : Kata Adjektif
Hasil pembelajaran:
5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan
      memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 ( ii ) menghuraikan maksud ayat
                    yang dibaca.

1.3 Memberikan dan memahami penerangan
      tentang sesuatu perkara
Aras 1
(i) Memberikan penerangan dengan menggunakan
     intonasi yang betul dan bersopan.

 
Aktiviti:


Bacakan Penerangan dan Penjelasan KATA KETERANGAN

{  Kata yang menerangkan kata kerja , kata adjektif dan kata keterangan }

{ Terdiri daripada enam jenis , iaitu :
   a. cara
   b. masa
   c. tanya
   d. darjah
   e. tak tentu
   f.  nafi

a. cara
> untuk menerangkan cara.
> kata keterangan : begini, begitu, betapa, demikian,
                                  diam-diam, tiba-tiba dan sebagainya.                         
> ayat contoh : Beginilah cara yang betul untuk menyelasaikan
                           soalan Matematik ini.

b. masa
> untuk menerangkan masa.
> kata keterangan : belum, kelak, masih, sebenar, sedang
                                  sekarang, selalu, telah, kadang-kadang
                                  dan sebagainya.
> ayat contoh: Siti Suhana belum menyiapkan kerja sekolah
                         yang diberikan oleh gurunya.

c. tanya
> untuk menerangkan sesuatu.
> kata keterangan : apa, bila, mana, siapa, mengapa
> ayat contoh : Mengapakah kamu menarik diri daripada
                          persatuan itu ?

d. darjah
> untuk menerangkan kata adjektif.
> akata keterangan : amat, sangat, sungguh, paling, nian dan
                                    sebagainya.
> ayat contoh : Murid baharu di kelas saya itu sangat peramah.

e. tak tentu
> untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti.
> Kata keterangan : agaknya, mungkin, barangkali, entah-entah,
                                   jangan-jangan
> ayat contoh : Mungkin Aktif yang akan mewakili sekolah dalam
                          pertandingan bercerita.

f. nafi
> untuk menafikan sesuatu.
> kata keterangan  : bukan,tidak, tak
> ayat contoh: Budak yang berambut panjang itu bukan adik saya.



Sebagai rujukan

http://www.slideshare.net/salamiah74/aplikasi-kata-keterangan



Maklumat Tambahan

Kesalahan Lazim : Kata Keterangan

1. Kesalahan berlaku apabila ada kata keterangan yang digunakan
    secara tidak tepat.
    Sebagai contoh: a. Saiful tidak adik saya . ( x  )
                                b. Saiful bukan adik saya. ( /  )

2. Kata Nafi " bukan " tidak boleh digunakan apabila frasa
   adjektif dan frasa kerja menjadi predikat ayat .
   Contoh :
   a. Amira bukan bermain di padang. ( x )
       Amira tidak bermain di padang.   ( /  )

   b. Dia bukan membuat kerja sekolah . (x ) 
       Dia tidak membuat kerja sekolah . ( /  ) 

3. Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang harus kita ingat.
    Ada masanya ayat seperti ayat  ( a ) dan ( b ) di atas boleh
    menggunakan kata nafi ialah :
    a. Amira bukan bermain di padang tetapi di halaman rumah.
    b. Dia bukan membuat kerja sekolah tetapi tidur .

Penggunaan kata Nafi " bukan " dalam kedua-duanya ayat tersebut
adalah untuk menunjukkan dua hala yang bertentangan.



Maklumat Tambahan: Murid digalakkan untuk melayari internet.

http://www.slideshare.net/salamiah74/aplikasi-kata-keterangan