Friday, 2 December 2011

Latihan fokus KATA MAJMUK

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Puan Badariah dan suaminya bercadang untuk
    memelihara                            itu.
    A. anak buah
    B. anak emas
    C. anak yatim
    D. anak tunggal

2. Rumah nenek hampir-hampir roboh disebabkan
    oleh                             pada petang kelmarin.
    A. ribut salji
    B. angin pasang
    C. ribut taufan
    D. angin ahmar

3. Kita mesti                              untuk mencapai
    kejayaan.
    A. bekerja keras
    B. melipat masa
    C. berlebih masa
    D. merangka kerja

4. Melaka memang terkenal  sebagai                         
    bersejarah.
    A. balai raya
    B. bandar raya
    C. bandar baharu
    D. bandar lama

5. Untuk mengatasi masalah setinggan, pihak kerajaan
    telah membina  banyak                              .
    A. sekolah renah
    B. rumah pangsa
    C. kaedai runcit
    D. balai raya


Selamat mencuba !!!!    

Tajuk 25 Kata Majmuk

Tahun 6
Tema: Pengetahuan Am
Bahagian1 : Serba tahu
Tajuk :Pelik tetapi benar
Sistem bahasa :Kata Majmuk dan Ayat Majmuk
Hasil Pembelajaran : 5.2 Membaca kuat dengan sebutan dan
                                             intonasi yang betul dan lancar serta

                                             memahami perkara yang dibaca.
                                     Aras 1 (i) Membaca bahan berunsur ilmu

                                                      dengan sebutan dan intonasi
                                                      yang betul.
                                                (ii) Menjawab soalan pemahaman

                                                      berdasarkan teks yang dibaca.


Aktiviti:

Apa itu KATA MAJMUK ?


[ Perkataan yang terbentuk daripada dua atau lebih perkataan
  yang menghasilkan makna yang baharu ]

[ Dieja secara terpisah namun bagi kata majmuk yang telah
   mantap akan dieja secara bercantum ]

[ Terbahagi kepada empat bentuk , iaitu
   a. kata majmuk rangkai kata bebas
   b. kata majmuk istilah khusus
   c. kata majmuk kiasan
   d. kata majmuk yang telah mantap


Tolong bacakan !!!!


a. Kata majmuk rangkai kata bebas.
Contohnya : alat tulis, jalan raya, jam tangan, hari raya,
                     ibu jari, seni lukis, bandar raya, guru besar........

b. Kata majmuk istilah khusus
Contohnya:akar tunjang, bahan api, deyutan nadi,
                   isi padu, karbon dioksida, gerak balas ..........

c. Kata majmuk kiasan
Contohnya: cari jalan, jolok mata, mandi peluh,
                     makan suap, kepala batu,geli hati, campur tangan.......

d. Kata majmuk yang telah mantap
Contohnya:antarabangsa, kerjasama, matahari, tandatangan,
                    warganegara, suruhanjaya, jawatankuasa , bumiputera........



Selepas membaca nota di atas.
Murid-murid dapat melayari laman web  tersebut.

http://www.slideshare.net/adarwisy/cdocuments-and-settingss7536396fdesktop4e-2010kata-majmuk-presentation1

http://www.slideshare.net/fellaros/kata-majmuk-presentation



Selain daripada " Kata Majmuk "
Laman Web yang berikut adalah berkaitan dengan " Ayat Majmuk "

http://www.slideshare.net/mat.yuih/ayat-majmuk-1381092

http://www.slideshare.net/Usamix/ayat-majmuk-campuran










Latihan Jenis-jenis Ayat

Latihan Jenis-jenis Ayat

Nyatakan jenis-jenis ayat yang berikut sama ada
ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya atau ayat seruan.





Semoga Berjaya , OK !!!!!!


1. Hatiku berasa girang kerana berpeluang menziarahi
    saudara-mara di Pulau Langkawi. (                             )

2. Tahukah kamu siapa yang merasmikan majlis itu ?
    (                                )

3. Aduh, penat betul setelah berjalan sejauh lima kilometer !
    (                               )

4. Usah awak bercakap bohong lagi. Saya sudah tahu hal
    yang sebenarnya. (                               )

5. Persembahan murid-murid tahun dua mendapat
    tepukan yang gemuruh daripada penonton.
   (                                   )

6. Amboi, pandai betul kamu memutarbelitkan fakta !
    (                                 )

7. Tolong kiriman dokumen-dokumen ini dengan
     pos laju . (                                   )

8. Oh, rupa-rupanya engkaulah yang mencuri
    dompet aku !  (                                  )

9. Beribu-ribu penonton membanjiri stadium itu untuk menyaksikan
    perlawanan bola sepak .   (                                   )

10. Usahlah kita betengkar tentang hal-hal itu lagi .
      (                                 )


Anda Boleh !!!!

Thursday, 1 December 2011

Tajuk 24 JENIS-JENIS AYAT


Tahun 6
Tema: Kekeluargaan
Bahagian 1 :Keluarga kreatif
Tajuk :Menggapai impian
Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
      kehidupan seharian dengan menggunakan
      kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan
      nada yang sesuai.
Aras 1
(i) Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan
     sesuatu perkara atau topik.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang
      dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi
     dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk
     menguatkan permintaan.
Aras 1
(i) Menggunakan perkataan, ayat dan paralingustik
     yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.
(ii) Mengemukakan hasrat dengan memberi alasan
      yang kukuh.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca perkataan, rangkai kata ayat tunggal dan
     ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan
     ayat majmuk.
Aras 1
(i) Menulis pelbagai jenis ayat.
Aktiviti:



Jenis-jenis Ayat






Terdapat 4 jenis ayat iaitu:

>> Ayat Penyata

>> Ayat Tanya

>> Ayat Perintah

>> Ayat Seruan

Tolong bacakan jenis-jenis ayat di bawah .

 
a.Ayat Penyata

Penggunaan:

: : Digunakan untuk menceritakan sessuatu
    menceritakan sesuatu hal atau memberi 
   keterangan tentang sesuatu hal.

Contoh Ayat:
1. Adik saya suka makan buah-buahan tempatam kerana
    buah-buahan ini kaya dengan vitamin.

2. Saya bercita-cita hendak menjadi juruterbang pada
    masa hadapan.


b. Ayat Tanya

Penggunaan:

: : Digunakan untuk menanyakan sesuatu bagi
     mendapat jawapan.

1. Ayat tanya dengan kata tanya
    ---- Ayat tanya dengan kata tanya menggunakan kata tanya seperti
          siapa, apa, mana, bila, berapa, mengapa, dan bagaimana.
   ---- Kata tanya ini biasanya boleh diikuti dengan partikel -kah.

Contoh ayat:
1. Di manakah letaknya gunung yang tertinggi di Malaysia?

2. Megapakah kamu tidak mahu menjawab soalan yang saya
    kemukakan itu ?

3. Bagaimanakah sambutan terhadap filem yang baru
    ditanyakan di pawagam itu ?

2. Ayat tanya tanpa kata tanya
   ---- Ayat tanya tanpa kata tanya tidak menggunakan kata tanya.
   ---- Ayat tanya ini diucapkan dengan nada suara yang lebih
          tinggi di hujung ayat.

Contoh ayat:
1. Dia bukan yang pendiam ?

2. Budak yang berdiri di pintu itu  adik kamu ?


C. Ayat Perintah

Penggunaan :

: : Digunakan untuk meminta orang bertindak atau melakukan
    sesuatu.

1. Ayat Permintaan
    ----Digunakan untuk memohon permintaan atau pertolongan daripada
          seseorang .
    ---- Kata permintaan yang digunakan adalah seperti minta, tolong,
           harap, dan lain-lain.

Contoh ayat:
1. Tolong serahkan yuran ini kepada Cikgu Roslina dengan
    segera.

2. Diminta semua murid menjamu selera dengan senyap.

2. Ayat Larangan
---- Digunakan untuk melarang atau menegah seseorang daripada
        melakukan sesuatu.
---- Kata Larangan yang digunakan adalah seperti jangan, usah
       atau tak usah.

Contoh ayat:
1. Jangan kamu cuba menipu aku tadi.

2. Usah kamu ulangi perbuatan yang tidak baik itu.

3. Tak usah kamu malu-malu dengan saya lagi.


3. Ayat Suruhan
---- Digunakan untuk memberi arahan atau perintah kepada
        seseorang untuk melakukan sesuatu.

Contoh ayat:
1. Habiskan makanan ini sebelum kamu pergi ke sekolah.

2. Cucilah muka kamu dan lapkan dengan tuala yang
    bersih.

4. Ayat Silaan
---- Digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.
---- Kata silaan yang digunakan ialah sila, jemput, dan sebagainya.

Contoh ayat:
1. Jemput masuk ke dewan orang ramai untuk menyaksikan
    persembahan kebudayaan.

2. Sila minum kopi yang dibancuh oleh ibu saya.


D.Ayat Seruan
: : Digunakan untuk melahirkan perasaan terhadap sesuatu
     keadaan seperti marah, benci, suka, hairan, terkejut dan
     sebagainya.

:  : Ayat Seruan ini akan diakhiri dengan tanda seru ( ! )

:  : Biasanya ayat seruan ini didahului dengan kata seruan
      seperti wah , amboi, aduh, kasihan, dan sebagainya.

Contoh ayat:
1. Amboi, gemuknya budak perempuan itu !

2. Aduh, sakitnya kakinya !

3. Oh, rupa-rupanya engkaulah yang menghasut di
    dalam hal ini !


Sila Melayari Laman Web berikut




                                     Anda akan menimba pengetahuan !!!!                          


Sila lihat CARTOON VIDEO berikut .
Inilah amat menarik perhatian anda !!!!!

Latihan Kata Ganti Nama Diri

Gariskan KATA GANTI NAMA DIRI yang sesuai.

1."Ibu teringin melihat ( saya , kamu, mereka ) semua berjaya dalam
     pelajaran, "kata Mak Timah kepada anak-anaknya.

2. Kakan saya berminat untuk menjadi pramugari .( Mereka, Anda, Dia )
    sedang menjalani latihan di Kuala Lumpur.

3. Sultan Hussein bergaul mesra dengan rakyat jelata.( Beliau, Baginda, Tuan )
    disanjungi tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.

4. Encik Halim guru besar sekolah saya.( Dia, Beliau, Kamu ) akan bersara.
    pada hari Jumaat.

5. Hong Ling ialah sahabat pena saya.( Saudara,Kamu, Dia ) akan
    menghadiri majlis hari jadi saya.

6." ( Kamu, Kami, Mereka ) bertiga telah dipanggil oleh guru disiplin untuk disoal
      siasat kerana disykaki terlibat dalam kes kecurian itu,"kata Hamzah sambil
      memandang ke arah murid-murid yang berdiri di luar bilik dajah itu.

7. "Tolong tunjukkan dokumen perjalanan ( saya, anda, kalian ),"kata pegawai
     kepada pelancong asing itu.

8. "( Kita, Kamu, Mereka ) hendaklah sama-sama memupuk semangat cinta
     akan negara," kata Cikgu Minah kepada murid-muridnya.

9. "Izinkan ( saya, beta, patik ) meluahkan sepatah dua kata dalam majlis
     ini , "kata Puan Limah kepada hadirin sekalian.

10. Saya dan Rajan berkawan baik sejak kecil lagi. ( Kita , Kami, Mereka )
      sentiasa menyelesaikan masalah bersama-sama.


     
Selain daripada latihan yang diberikan ,
Murid-murid dapat cuba membuat kerja rumah berikut

Sila melayari laman web berikut :
http://www.slideshare.net/stark01/kerja-rumah-kata-ganti-nama-2381095


Semoga berjaya ........

Ulangkaji Kata Ganti Nama Diri


Mengambil Perhatian :

Murid-murid boleh melihat VIDEO yang berikut
sebagai ulangkaji KATA GANTI NAMA DIRI
sebelum menjawa soalan latihan yang diberikan oleh guru.





Video ( 1 )

 Kata Ganti Nama Diri





Video ( 2 )






Video ( 3 )

KSSR Bahasa Melayu Kata Ganti Nama Diri




Untuk memperkukuh ingatan anda !!!!!!




Tajuk 23 Kata Ganti Nama Diri

Tahun 6
Tema : Kekeluargaan
Bahagian 3: Keluarga kreatif
Tajuk:Impian menjadi kenyataan
Sistem bahasa : Kata Ganti Nama Diri
Hasil Pembelajaran :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul, memahami
      perkataan yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca perkataan, rangkaikata, ayat tunggal

     dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi
     yang betul.
(ii) Memahami perkataan, rangkai kata, ayat yang

      dibaca.


8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal
     dan ayat majmuk.
Aras 1
(i) Menulis pelbagai jenis ayat dengan menggunakan

     kata ganti nama diri yang betul.
Aras 2
(i) Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata
     ganti nama diri


Aktiviti:

APA ITU KATA GANTI NAMA DIRI ?

TAK TAHU ?

Mari
Belajar
Bersama
SIMPOSONS

sila melayari laman web ini

sungguh menarik dan menyeronokkan!!!!


Bacakan NOTA dengan teliti :


>>>> Kata yang digunakan untuk  menggantikan kata nama.

>>>> Setiap kata ganti nama diri mempunyai fungsi yang 
          berlainan,ada yang membawa makna satu dan
          ada yang membawa makna jamak,
          iaitu lebih daripada satu.

Kata  Ganti Nama Diri

a. Kata Ganti Diri Pertama

b.Kata Ganti Diri Kedua

c. Kata Ganti Diri Ketiga



a. Kata Ganti Diri Pertama

Contoh: aku,saya, patik, beta, hamba,kita, kami

Penggunaan:

Aku ......menggantikan diri orang yamg  bercakap dengan
             kenalan yang sangat rapat.

Saya........merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap
                dengan kenalan baru atau dalam suasana yang rasmi.

Patik........digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan
                sultan dan raja.

Beta........digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah
               kepada rakyat.

Hamba.......Merujuk kepada diri orang yang berhadapan
                  dengan tuannya pada zaman dahulu.

Kita.........merujuk kepada diri orang yang bercakap
                serta orang yang mendengarnya.

Kami.......merujuk kepada diri dan teman apabila
               bercakap dengan orang lain.


b.Kata Ganti Diri Kedua

Contoh:awak,anda, engkau, tuanku, cik,encik,
                puan, tuan, saudari , saudara, kamu,
                kalian.

Penggunaan:

Awak.......digunakan untuk diri orang kedua.

Anda.......digunakan untuk diri orang kedua yang bertutur
                dengan kita.

Engkau........digunakan untuk diri orang kedua.

Tuanku........digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.

Cik / Encik .......digunakan untuk diri orang dewasa.

Puan / Tuan....... digunakan untuk diri orang kedua yang
                          dihormati.

Saudara / Saudari.........digunakan untuk diri orang
                                     kedua yang sebaya atau
                                     rakan kita.

Kamu.........digunakan untuk diri orang kedua yang sebaya
                   atau kepada orang yang lebih muda umurnya.

Kalian.........digunakan untuk beberapa orang yang diajak
                   bercakap.



c. Kata Ganti Diri Ketiga

Contoh: dia, ia, beliau,baginda, -nya,mereka

Penggunaan:

Dia........digunakan untuk beberapa orang yang
              diajak bercakap.

Ia..........digunakan untuk diri orang ketiga

Beliau..........digunakan untuk diri orang ketiga
                       yang dihormati.

Baginda..........digunakan untuk sultan dan raja

-nya.........digunakan untuk diri orang ketiga.

mereka..........digunakan untuk diri orang ketiga
                         yang banyak bilangannya.


Perhatian:

http://www.slideshare.net/cikgufazidah/kata-ganti-nama-diri-orang