Wednesday 30 November 2011

Tajuk 22 Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Tahun 6
Tema : Pelancongan
Bahagian 1: Jauh perjalanan luas pandangan
Tajuk : Seronoknya melancong
Sistem bahasa : Ayat aktif dan ayat pasif
Hasil pembelajaran : 8.2  membina dan menulis ayat tunggal dan
                                           ayat majmuk dalam sesuatu penulisan
                                           teks tentang sesuatu tajuk.
                                   Aras 3 ( i ) menggunakan pelbagai jenis dan
                                                      ragam ayat untuk membina teks
                                                     berkaitan sesuatu tajuk.

                                  5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                        sebutan dan intonasi yang betul, memahami
                                        perkataan yang dibaca.
                                Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan

                                                memberikan penekanan pada intonasi
                                                berdasarkan tanda baca

Aktiviti:

Ayat  >>>>>  a. Ayat Aktif        :  Ayat Aktif Transitif
                                             Ayat Aktif Tak Transitif
        

          >>>>> b. Ayat Pasif



Tolong bacakan Ayat Aktif dan Ayat Pasif di bawah:

 Ayat Aktif
Ayat yang memberi penekanan kepada subjek.

a. Ayat Aktif Transitif .........Ayat aktif yang mengandungi objek .
    Contoh Ayat:
    1. Meng Wai meminta wang saku daripada ayahnya
        pada setiap hujung bulan.

    2. Kakak menyelesaikan kerja rumahnya sebelum
        ke pasar.

b. Ayat Aktif Tak Transitif .........Ayat aktif yang tidak
     mengandungi objek.                                                                          
     Contoh Ayat:
     1.Sepasang burung merpati hinggap di atas
        bumbung bangunan itu.

     2. Maria tersenyum sahaja apabila diumumkan
         bahawa dialah pemenang pertandingan itu.


Ayat Pasif
Ayat yang mengutamakan objek.

Contoh Ayat:
1.Dua ekor ikan cencaru telah digoreng oleh ibu.

2. Rumah yang usang itu diubahsuaikan oleh tukang kayu.

3. Buku-buku yang berselerak di lantai itu saya simpan
    di dalam almari.


Perhatian :
Melayari Laman Web tersebut .
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
http://www.slideshare.net/Usamix/ayat-aktif-dan-ayat-pasif

http://www.slideshare.net/Usamix/ragam-ayat

http://www.slideshare.net/nafidman/ragam-ayat-8139986


Cuba Jawapkan Soalan Latihan !!!!!


Latihan :

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

1. Encik Rosli menyembelih ayam itu dengan pisau yang tajam.
  
   .....................................................................................................

2. Kamal sentiasa merindui Sabariah walaupun mereka berjauhan.

   ....................................................................................................

3. Sekumpulan wanita sedang mempersembahkan makyung di
    atas pentas.

   ....................................................................................................


Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

1. Orang-orang diletakkan di tengah sawah padi oleh para petani
    untuk menghalau burung.

    .....................................................................................................


2. Langkah-langkah yang wajar harus diambil oleh kerajaan
    untuk menghapuskan budaya kuning itu.

   ......................................................................................................

3. Berbagai-bagai acara dipersembahkan oleh murid-murid pada
    Hari Kebangsaan.

   .......................................................................................................


Selamat Berjaya !!!!

No comments:

Post a Comment