Friday 14 October 2011

Tajuk 6 Kata Kerja

Tahun 6
Tema : Kesusasteraan
Bahagian 1 : Cerita Rakyat
Tajuk : Cerita asal usul
Sistem bahasa : Kata Kerja
Hasil Pembelajaran : 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat
                                          dengan sebutan dan intonasi yang betul
                                          dan memahami perkara yang dibaca.
                                     Aras 2 ( i ) membaca pelbagai jenis ayat dengan
                                                        memberikan penekanan pada intonasi
                                                        berdasarkan tanda baca.
                                   
                                  3.1 menyampaikan maklumat tentang sesuatu
                                       perkara atau tajuk dengan menggunakan kata
                                       , istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras
                                       bahasa yang sesuai.
                                  Aras 2 ( ii ) menyusun dan menyampaikan
                                                      maklumat dengan menggunakan
                                                      laras bahasa yang sesuai.

Aktiviti :


Bolehkah beritahu apa itu KATA KERJA ?

Sebenarnya ,

1. Kata kerja ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Sila sama-sama menyanyi lagu " BAGUN PAGI "


Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka, pakai baju,
Makan roti, minum susu,
Semua siap, suka hati.

:: Anda bolehkan mencari kata kerja yang didapati dalam lirik lagu tersebut.

Seperti : bangun, gosok , cuci, pakai, makan dan minum.
Tambahan pula,

2. Kebanyakan kata kerja disertai dengan imbuhan "beR","meN","teR"dan sebagainya.

3. Terdapat dua jenis kata kerja , iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.



Tolong bacakan KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF di bawah .

4. Kata kerja transitif ialah kata yang mesti disertai dengan objek untuk melengkapkan maksudnya.

    Ayat contoh:

    1. Sharifuddin menendang bola itu.
        ( Kata kerja "menendang" tidak lengkap maksudnya sekiranya tidak disertai
          objek , iaitu bola .)
 
    2. Mak Cik Ah Mei sedang mencuci baju.
       ( Kata kerja "mencuci" tidak lengkap maksudnya sekiranya tidak disertai
         objek , iaitu baju .)


5. Kata kerja tak transitif ialah kata yang sudah jelas maksudnya tanpa disertai objek.
   
    Ayat contoh:
     1. Budak itu berlari.
        ( Kata kerja " berlari"sudah jelas menunjukkan perbuatan budak itu tanpa memerlukan objek sebagai
          pelengkapnya.)

     2. Adik sedang menangis.
        ( Kata kerja " menangis "sudah jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh adik  tanpa
          memerlukan objek sebagai pelengkapnya.)


Sila melayari LAMAN WEB di bawah

Cubakah  KUIZ KATA KERJA !!!!

http://www.slideshare.net/mrsmahadi/kuiz-kata-kerja




Nota Tambahan
Sila melayari laman web di bawah:

http://www.slideshare.net/chebish/ragam-ayat-7622456

   Dalam isinya juga mengandungi

AYAT SONGSANG

minta murid bacakah !!!!





        






Thursday 13 October 2011

Tajuk 5 Kata Arah

Tahun 6
Tema: Sekolah
Bahagian 1 : Sekolahku
Tajuk: Sekolahku ceria
Sistem bahasa : Kata Arah
Hasil Pembelajaran:1.3 Memberikan dan memahami arahan
                                        serta pesanan tentang sesuatu perkara
                                Aras 1 (i) Memberikan arahan serta
                                                menyampaikan pesanan
                                                dengan menggunakan intonasi yang
                                                betul dan bersopan.
                                           (ii) Memberikan arahan serta menyampaikan
                                                 pesanan mengikut keutamaan.

                               5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                     sebutan dan intonasi yang betul, memahami
                                     perkataan yang dibaca.
                              Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan
                                              intonasi yang betul.


Aktiviti:

 Apa itu arah ?  

Tolong bacakan !!!                                                                         

Arah ialah menunjukkan arah.
Apakah itu KATA ARAH ?
>>> Kata yang digunakan untuk menunjukkan  arah.
>>> Kata arah didahului oleh kata sendi nama .
>>> Kata arah diikuti oleh frasa nama.

Contoh-contoh KATA ARAH

antara     atas     barat     bawah     belakang    
dalam    hadapan     hujung     luar      penjuru  
pinggir samping     sebelah     seberang     segi    
selatan  selekoh    sisi    sudut     tengah      tepi    
timur utara   


Sebagai rujukan:

Sila melayari laman web berikut
akan lebih menarik !!!!

Mari belajar KATA ARAH
bersama Spongebob Squarepants !



Jawab Soalan di bawah :

1. Pak Cik Kasim membina sebuah reban ayam
    di                       rumahnya.
    A. atas
    B. tengah
    C. samping
    D. belakang

2.Sampan itu hanyut ke                        sungai.
    A. atas
    B.penjuru
    C.samping
    D. seberang

3. Kita perlu beradab apabila berjalan
                              orang tua.
   A.tepi
   B.bawah
   C.hadapan
   D.belakang

4. Dari                        kesihatan, amalan
    merokok dapat menjejaskan sistem
    pernafasan.
   A. sisi
   B. sudut
   C. bawah
   D. penjuru

5. Sila tulis nama , alamat dan nombor
    kad pengenalan anda di                      
    atas sebelah kiri borang.
    A. sudut
    B.antara
    C.samping
    D.hadapan


Saturday 8 October 2011

Tajuk 4 Kata Ganti Nama Tunjuk


Tahun 6
Tema: Kekeluargaan
Bahagian 3:Datuk di ibu kota
Tajuk :Menonton Konsert di dewan merdeka
Sistem bahasa : Kata Ganti Nama Tunjuk
Hasil Pembelajaran :
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan
      tentang sesuatu perkara
Aras 1
(i) Memberikan arahan serta menyampaikan pesanan
     dengan menggunakan intonasi yang betul dan
     bersopan.
(ii) Memberikan arahan serta menyampaikan pesanan
      mengikut keutamaan.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan
     dan intonasi yang betul, memahami perkataan yang
    dibaca.
Aras 3
(i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang
     betul.

Aktiviti :



Mesti Belajar Dengan Bersungguh-sungguh !!!

: : : : : Bacakan Penerangan dan Penjelasan 

1. Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu
    seperti manusia, haiwan, benda dan tempat.

2. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu:
    a. itu >>> digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
    b. ini >>> digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.


Ayat contoh
1. Buku cerita di atas meja itu kepunyaan adik.

2. Gunalah duit ini untuk membeli buku latihan kamu.

3. Lelaki yang berkemeja biru itu abang saya.

4. Pasu bunga ini dibeli oleh ayah di Sarawak.

5. Suara burung merbuk itu sangat merdu.


Latihan Fokus

Bina Tiga Ayat Bagi Kedua-dua Kata Ganti Nama Tunjuk :

1. itu :: a.
                .........................................................................................

              b.
               ..........................................................................................

              c.
               ...........................................................................................


2. ini :: a.
                ...........................................................................................

              b.
               ...........................................................................................

              c.
               ...........................................................................................

Cuba menjawab dengan sebaik-baiknya.

Tajuk 3 Kata Ganti Nama Diri ( I )

Tahun 6
Tema : Kekeluargaan
Bahagian 3: Keluarga kreatif
Tajuk:Impian menjadi kenyataan
Sistem bahasa : Kata Ganti Nama Diri
Hasil Pembelajaran :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
      sebutan dan intonasi yang betul, memahami
      perkataan yang dibaca.
Aras 1
(i) Membaca perkataan, rangkaikata, ayat tunggal
     dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi
     yang betul.
(ii) Memahami perkataan, rangkai kata, ayat yang
      dibaca.


8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal
     dan ayat majmuk.
Aras 1
(i) Menulis pelbagai jenis ayat dengan menggunakan
     kata ganti nama diri yang betul.
Aras 2
(i) Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata
     ganti nama diri

Aktiviti:



KATA GANTI DIRI

Sebelum bermula belajar , sila melayari laman web di bawah.


Laman web tersebut juga mengandungi VIDEO ,sila melihat !


Apa itu KATA GANTI NAMA DIRI ?

Tolong bacakan !

1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama
    seseorang.

2.Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri , iaitu:
   a.kata ganti nama diri pertama
   b.kata ganti nama diri kedua
   c.kata ganti nama diri ketiga

3.Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan
   nama orang yang bercakap iaitu:
   a. bentuk tunggal :aku, saya,beta, hamba, patik
   b. bentuk jamak:kita, kami

4.Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang
   yang dilawan bercakap, iaitu:
   a.bentuk tunggal:awak, kamu, anda, engkau,saudara, saudari ,
      encik,tuan ,puan,tuanku
   b.bentuk jamak :kamu sekalian, awak sekalian, anda sekalian.

5.Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang
   yang diperkatakan, iaitu:
   a. bentuk tunggal:dia,ia,beliau, baginda, -nya
   b. bentuk jamak:mereka


Ayat contoh
1. "Tolong kembalikan buku saya yang awak pinjam semalam,"
      kata Aisyah kepada Suzana.

2. "Pertolongan engkau akan tetap aku ingati  
      kata Loh Huei kepada sahabatnya.

3. "Patik akan melaksanakan titah tuanku dengan segera , " 
     kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.

4. "Kita mesti bermain dengan bersungguh-sungguh , "
     kata ketua pasukan bola sepak itu kepada rakan-
     rakannya.


Di bawah juga terdapat " nota kata ganti nama diri "

http://www.slideshare.net/stark01/nota-kata-ganti-nama

http://www.slideshare.net/CikguFauziah/kata-ganti-diri


Belajar Dengan Seronok !!!!

Saturday 1 October 2011

Tajuk 2 Kata Nama Khas

Tahun 6
Tema: Angkasa lepas
Bahagian 1 : Satu Penerokaan
Tajuk:Bijak Berkomunikasi
Sistem Bahasa : Kata Nama Khas
Hasil Pembelajaran : 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan
                                          menggunakan bahasa yang sesuai
                                          dan tepat.
                                    Aras 1 (i) Menyampaikan hasil pemerhatian

                                                   yang dilakukan dengan menggunakan
                                                   laras bahasa yang sesuai.

                                   5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
                                         sebutan dan intonasi yang betul dan
                                         memahami perkara yang dibaca.
                                   Aras 3 ( ii ) Menghuraikan maksud ayat
                                                       yang dibaca.

Aktiviti:



Apa itu KATA NAMA KHAS ? 

:::::Tolong bacakan Nota Berikut:
Kata Nama Khas
1.    Kata nama Khas ialah kata yang digunakan untuk menamai sesuatu benda yang 
       bernyawa dan yang tidak bernaywa secara khusus.
2.    Huruf awal bagi kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

Contoh-contoh:
manusia
Mustafa,Lee Kwan Yew,Ramasamy,Cina, Melayu,India
haiwan
Si Tompok,Si Jalak, Pak Belang
benda
Proton Waja( kereta ),Bata ( kasut),Perpustakaan Negara( bangunan)
tempat
Johor Bahru, Kuala Lumpur,Selangor, Jepun, India


Ayat contoh
1.    Kucing peliharaan Marlia bernama Si Tompok.
2.    Pelancong dari Australia itu melawat rumah panjang di Sarawak.
3.    Cikgu Azlan  menggalakkan murid-muridnya membaca majalah Dewan Pelajar.
4.    Puan Letchumi bersama keluarganya bercuti di Pulau Tioman.
5.    Kami terpegun apabila melihat bangunan Menara Kuala Lumpur yang tinggal itu.



AKTIVITI ( 1 )

Sila melayari laman web di bawah :

http://www.slideshare.net/CikguFauziah/kata-nama-khas-6490491


AKTIVITI ( 2 )

Aktiviti Berkumpulan

Murid-murid akan membuat perbincangan
secara berkumpulan.
Mereka akan memberikan  contoh  lain 
yang berkaitan KATA NAMA KHAS.